1502 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama mula berlayar dari Lisbon, dalam pelayaran keduanya ke India dengan tujuan memperkukuh kepentingan Portugal di Timur Jauh.
1541 - Kota Santiago di Chile diasaskan oleh Pedro de Valdivia.
1689 - Parlimen Konvensyen bersidang untuk memastikan sama ada Raja EnglandKatolik terakhir, James II telah mengosongkan takhta dengan melarikan diri ke Perancis pada 1688.
1733 - Hari Georgia: James Oglethorpe mendirikan bandar Savannah dan Wilayah Georgia, satu koloni jajahan untuk penempatan semula orang-orang penjara penghutang di United Kingdom.
1855 - Universiti Negeri Michigan di East Lansing, Michigan, diasaskan sebagai Agricultural College of the State of Michigan, kolej pertanian pertama di A.S.
1997 - Hwang Jang-yop, setiausaha di Parti Buruh Korea dan seorang jurubina utama doktrin Juche Korea Utara, lari ke kedutaan Korea Selatan di Beijing bersama pembantunya, Kim Dok-hong.