From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengepungan Orléans atau Pertempuran Orléans (12 Oktober 1428 – 8 Mei 1429) adalah kemenangan Perancis yang pertama bagi Jeanne d'Arc semasa Perang Seratus Tahun dan merupakan titik balik dalam perang antara Perancis dan England.
Pengepungan Orléans | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun | |||||||
Joan of Arc di Pengepungan Orléans oleh Jules Eugène Lenepveu, dilukis pada 1886–1890 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerajaan beraja England |
Kerajaan beraja Perancis Kerajaan beraja Scotland | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Earl Salisbury † Earl Suffolk John Talbot William Glasdale † |
Jean de Dunois Joan of Arc (WIA) Gilles de Rais Jean de Boussac La Hire | ||||||
Kekuatan | |||||||
5,000[1] | 6,400 askar, 3,000 rakyat bersenjata[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
lebih 4,000[1] | 2,000[1] |
Setelah kematian Henry V dari England, yang telah naik takhta sebagai raja Perancis, putera Henry yang masih bayi, Henry VI dari England, dinamakan sebagai Raja Perancis. Charles VII dari Perancis, putera raja Perancis sebelumnya, Charles VI, sangat lemah dan tidak berbuat apapun untuk menuntut hak beliau sehinggalah Jeanne d'Arc, seorang gadis berusia 17 tahun yang mendakwa telah mendengar suara Tuhan, memujuk beliau untuk mengambil langkah.
Kemenangan Perancis di Orléans menjadi satu titik balik yang penting untuk pihak Perancis kerana hal ini menyuntik semangat para pendukung Charles VII. Setelah kemenangan di Orléans, Charles diangkat menjadi raja di Reims, dan Perancis memperoleh kemenangan di Paris dan Patay. Jeanne d'Arc ditangkap oleh orang-orang dari Bourgogne, dan diserahkan kepada pihak England. Jeanne d'Arc yang mengatakan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan memggunakan ilmu sihir namun dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan melawan Gereja Katolik Rom dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.