From Wikipedia, the free encyclopedia
Henry V (Wales: Harri V , 16 September 1387 – 31 Ogos 1422[1][2]) juga dipanggil sebagai Henry dari Monmouth adalah Raja England bermula pada tahun 1413 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1422. Baginda merupakan raja England kedua dari kerabat Lancaster.
Henry V | |
---|---|
Raja England (lagi...) | |
Pemerintahan | 21 Mac 1413 – 31 Ogos 1422 (9 tahun, 163 hari) |
Kemahkotaan | 9 April 1413 |
Didahului oleh | Henry IV |
Diikuti oleh | Henry VI |
Pemakaman | Westminster Abbey, London |
Pasangan | Catherine dari Valois |
Anakanda | Henry VI dari England |
Kerabat | Kerabat Lancaster |
Ayahanda | Henry IV dari England |
Bonda | Mary de Bohun |
Meskipun tempoh pemerintahan baginda yang singkat, kejayaan besar pasukan tentera Henry dalam Perang Seratus Tahun menentang Perancis, terutamanya kemenangan terkenal baginda dalam Pertempuran Agincourt pada tahun 1415, menjadikan England salah sebuah kuasa tentera terkuat di Eropah.[3] Henry diingati dan dirayakan sebagai salah seorang raja-pahlawan terhebat dari England pada Zaman Pertengahan.
Pada zaman remaja baginda, iaitu zaman pemerintahan ayah baginda Henry IV, Henry memperolehi pengalaman ketenteraan berperang dengan Welsh dalam pemberontakan Owain Glyndŵr dan menentang bangsawan keluarga Percy dari Northumberland yang berkuasa dalam Pertempuran Shrewsbury. Henry mendapat dan meningkatkan pengaruh dalam kerajaan England di sebabkan masalah kesihatan raja yang semakin memburuk, akan tetapi perselisihan antara ayah dan putera mengakibatkan konflik politik kepada kedua-duanya.
Selepas ayahandanya mangkat pada tahun 1413, baginda menaiki takhta sambil meneruskan tuntuan England ke atas takhta Perancis yang tertangguh buat sekian lama.
Pada tahun 1415, Henry memulakan perang dengan Perancis di sebalik Perang Seratus Tahun yang masih berlangsung (1337–1453). Kejayaan ketenteraan baginda diraih dengan kejayaan terkenal baginda dalam Pertempuran Agincourt (1415) dan menyaksikan baginda hampir menakluk seluruh Perancis. Mengambil kesempatan daripada pepecahan politik di Perancis, baginda menakluk sebahagian besar wilayah Perancis dan Normandy kemudian diduduki oleh orang Inggeris buat kali pertama sejak tahun 1345–1360. Selepas berbulan-bulan berunding dengan Charles VI dari Perancis, Perjanjian Troyes (1420) mengakui Henry V sebagai pemangku raja dan pewaris raja ke atas takhta Perancis. Baginda kemudian mengahwini anak perempuan Charles, Catherine dari Valois.
Berdasarkan perjanjian ini, kelihatan seolah-olah ia akan menghasilkan sebuah kesatuan antara kerajan beraja Perancis dan England, bagi Raja Henry.
Kemangkatan secara tiba-tiba dan tidak dijangka di Perancis dua tahun kemudian membawa England kepada pertikaian berpanjangan bagi pengganti dan juga anak lelaki baginda yang masih bayi[4] yang memerintah sebagai Henry VI di England dan Henry II di Perancis.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.