Edward VI dari England

Raja Tudor king From Wikipedia, the free encyclopedia

Edward VI dari England
Remove ads

Raja Edward VI (12 Oktober 1537 – 6 Julai 1553) merupakan Raja England dan Ireland dari 28 Januari 1547 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda ditabalkan pada 20 Februari ketika berusia sembilan tahun.[1] Putera kepada Raja Henry VIII dan Permaisuri Jane Seymour, Raja Edward merupakan kerabat diraja pertama yang dibesarkan sebagai seorang penganut mazhab Protestan. Ketika Ketika pemerintahan baginda, wilayah dan takhta kerajaan baginda telah diperintah oleh Jemaah Pemangku Raja kerana baginda tidak pernah mencapai majoriti baginda. Jemaah Pemangku Raja diketuai oleh ayahanda saudara baginda Edward Seymour, Duke ke-1 dari Somerset (1547–1549), dan kemudian oleh John Dudley, Earl ke-1 dari Warwick, dari tahun 1551 Duke dari Northumberland.

Fakta Segera Pemerintahan, Kemahkotaan ...
Remove ads

Takhta kerajaan Raja Edward ditandai dengan masalah ekonomi dan kekacauan sosial yang, pada tahun 1549, terletus menjadi rusuhan dan pemberontakan. Sebuah peperangan yang memakan belanja dengan Scotland, pada mulanya berjaya, namun berakhir dengan pengunduran tentera dari Scotland termasuk Boulogne-sur-Mer untuk keamanan. Pengubahan gereja kepada badan mazhab Protestan yang diiktiraf juga telah berlaku di bawah pemerintahan Raja Edward yang mengambil minat yang besar dalam hal agama. Walaupun paduka ayahanda baginda, Raja Henry VIII, telah memutuskan hubungan antara Gereja England dan Rom, Raja Henry VIII tidak pernah mengizinkan penolakan doktrin ataupun upacara mazhab Katolik. Pada zaman pemerintahan bagindalah mazhab Protestan ditubuhkan buat pertama kalinya di England dengan pembaharuan termasuk pemansuhan pembujangan kepaderian dan Misa dan pengenaan perkhidmatan wajib dalam bahasa Inggeris. Arkitek pembaharuan ini ialah Thomas Cranmer, Ketua Biskop Canterbury, yang Buku Doa Umum (Book of Common Prayer) masih diguna pakai.

Pada bulan Februari 1553, pada usia 15 tahun, Raja Edward jatuh gering. Apabila kegeringan baginda didapati boleh membawa maut, baginda dan Jemaah bagindah membuat "Pelan Pewarisan", cubaan untuk menghalang daripada negara kembali kepada mazhab Katolik. Raja Edward menamakan sepupu baginda disingkirkan, Lady Jane Grey, sebagai pewaris takhta baginda dan menyingkirkan paduka kakanda tiri baginda, Puteri Mary dan Puteri Elizabeth. Keputusan ini dipertikai berikutan kemangkatan Raja Edward dan Ratu Jane dibuang oleh Ratu Mary sembilan hari setelah bertakhta sebagai seorang ratu. Ketika pemerintahan baginda, Ratu Mary membatalkan pembaharuan Protestan Raja Edward, yang meskipun menjadi asas kepada Peruntukan Agama Elizabeth tahun 1559.

Remove ads

Nota

Loading content...

Bibliografi

Loading content...

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads