From Wikipedia, the free encyclopedia
Tembok Besar China (Cina Tradisional: 長城, Cina Ringkas: 长城, pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang" atau Cina Tradisional: 萬里長城, Cina Ringkas: 万里长城, pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 li (里)"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan di antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (November 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Tembok Besar China | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Budaya |
Lokasi | Hebei |
Negara | China |
Koordinat | 40°25′N 116°5′E |
Pembinaan bermula | Abad ke-7 SM |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | minimum: 5 m maksimum: 8 m purata: 7 m |
Maklumat matra | |
Panjang | 21,196 km (13,171 bt) |
Lebar | 4.5 m |
Butiran teknikal | |
Bahan | Batu kapur |
Reka bentuk dan seni bina | |
Pereka bentuk lain | Qin Shi Huang |
Tapak web | |
http://www.thegreatwall.com.cn/en | |
sunting · sunting di Wikidata |
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang china yang cantik berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]
Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negeri-Negeri Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.