From Wikipedia, the free encyclopedia
Nama Bahasa CinaBahasa Cina周口店
Transkripsi | |
---|---|
Bahasa Mandarin Baku | |
Hanyu Pinyin | Zhōukǒudiàn |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | 周口店 |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 480, 888 he (51,700,000, 95,600,000 ka2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Fangshan District, Republik Rakyat China |
Koordinat | 39°41′21″N 115°55′26″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Zhoukoudian atau Choukoutien (周口店) ialah sebuah sistem gua di Beijing, China. Tapak ini terkenal dengan pelbagai penemuan arkeologi ketara di tapak ini, termasuk salah satu spesies-spesies pertama Homo erectus bernama Manusia Peking serta sekumpulan tulang elok daripada hiena raksasa Pachycrocuta brevirostris. Berikutan ramalan pelbagai, waktu hidup Manusia Peking menetap di sini sangat bervariasi, nilai-nilai anggaran termasuk di antara 700 ke 200 ribu tahun lalu,[1] 670 ke 470 ribu tahun lalu,[2] dan tidak lebih awal dari 530 ribu tahun lalu.[3] Tapak Manusia Peking pertama kali ditemui Johan Gunnar Andersson pada 1921[4] dan pertama kali digali oleh Otto Zdansky pada 1921 serta 1923, dan menemui dua batang gigi manusia.[5] Penemuan ini kemudian disahkan Davidson Black sebagai kepunyaan spesies yang tidak diketahui sebelumnya dan disusuli dengan penggalian lanjutan. Celahan di tengah batu gamping dengan sedimen Pleistosen Tengah didapati memiliki fosil kira-kira 45 orang manusia dan haiwan, serpihan batu dan alatan memotong. Fosil haiwan tertua berasal dari paling awal 690,000 tahun lalu, dengan perkakas dari masa 670,000 tahun lalu[6] sementara pihak-pihak lain menyatakan bahawa perkakas yang ditemui berasal dari masa tidak lebih awal dari 530,000 tahun lalu.[3] Tapak ini dikaji dihuni semula pada zaman Paleolitik, dan fosil Homo sapiens beserta batu dan perkakas tulang juga ditemui kembali di Gua Atas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.