From Wikipedia, the free encyclopedia
Singgahsana merujuk kepada kerusi atau bangku rasmi bagi kegunaan raja semasa adat istiadat rasmi. "Singgahsana" juga merupakan dari segi abstrak mewakili raja atau mahkota itu sendiri seperti kuasa dibelakang singgahsana.
Istilah ini atau dalam ejaan lamanya singgasana[1] berasal dari kata Sanskrit: सिंहासन, rumi: siṁhasana menggabungkan perkataan सिंह siṁha "singa"[2] dan अशन āsana "tempat duduk"[3] lalu bererti "tempat duduk singa":[1] singa melambangkan kebesaran dan keagungan dalam kebudayaan Hindu dan Buddha, maka motif contoh singgahsana berukir singa lazim ditemukan dalam kesenian Jawa kuno abad ke-8, seperti di relief Borobudur dan Prambanan. Singgasana Buddha Wairocana di Candi Mendut, serta Singgasana Dewi Tara di Candi Kalasan berukir Makara, Singa, dan Gajah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.