From Wikipedia, the free encyclopedia
Negara-negara Komanwel ialah organisasi kesatuan sukarela yang terdiri daripada 52 buah negara berdaulat. Hampir kesemua negara tersebut merupakan bekas jajahan British atau wilayah tanggungan bagi jajahan itu.
Tiada pemerintahan dalam Komanwel yang mempunyai kuasa terhadap yang lain khususnya dalam hal kesatuan politik. Selain itu, Komanwel merupakan pertubuhan antarabangsa di mana negara-negara anggota mempunyai pelbagai latar belakang sosial, siasah dan ekonomi dianggap sama dalam hal status dan bekerjasama di dalam rangka kerja dengan nilai dan matlamat yang sama, seperti yang digariskan dalam Pengisytiharan Singapura yang dikeluarkan pada 1971.[1] Nilai-nilai dan matlamat-matlamat sepunya termasuklah demokrasi, hak asasi manusia, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, kebebasan individu, egalitarianisme, perdagangan bebas, hubungan berbilang hala dan keamanan dunia yang dibawa melalui projek dan perjumpaan pelbagai hala seperti Sukan Komanwel yang diadakan setiap empat tahun sekali.[2]
Simbol kesatuan bebas ini ialah Baginda Ratu Elizabeth II, yang berkhidmat sebagai Ketua Komanwel. Kedudukan ini bagaimanapun tidak memberikannya kekuasaan siasah atau eksekutif kepada mana-mana anggota Komanwel; kedudukan ini hanyalah simbolik manakala Setiausaha Agung Komanwel merupakan ketua eksekutif Komanwel.[3]
Komanwel secara rasmi dibentuk pada 1931 apabila Statut Westminster memberikan pengiktirafan undang-undang kepada kedaulatan dominion. Dikenali sebagai "Komanwel British", anggota-anggota asalnya ialah United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Ireland dan Newfoundland, walaupun Australia dan New Zealand tidak menerima pakai statut itu sehinggalah pada tahun 1942 dan 1947 masing-masing.[4] Pada 1949, Pengisytiharan London telah ditandatangani dan menandakan kelahiran Komanwel moden dan mengguna pakai namanya yang terkini.[5] Anggota terbaru kesatuan ini ialah Rwanda yang menyertainya pada 29 November 2009.[6] Negara anggota yang keluar paling terkini ialah Maldives yang memutuskan hubungannya dengan Komanwel pada 13 Oktober 2016.
Setakat April 2017, daripada negara anggota yang menyertai Negara-negara Komanwel, tiga negara adalah dari Eropah, 12 dari Amerika Utara dan Caribbean, satu di Amerika Selatan, 18 buah negara dari Afrika, tujuh di Asia dan sebelas dari Oceania. Terdapat lapan bekas negara anggota, empat daripadanya tidak wujud lagi sebagai entiti merdeka (tetapi membentuk sebahagian daripada negara anggota yang terkini). Negara-negara anggota Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 2.2 bilion, hampir satu pertiga daripada populasi dunia; 1.21 bilion tinggal di India dan 95% tinggal di benua Asia dan Afrika.[7]
Kini, enam belas negara anggota merupakan alam Komanwel, dengan Ketua Komanwel sebagai ketua negara. Lima negara yang lain mengamalkan pemerintahan beraja dan memiliki pemerintah monarki yang tersendiri (Brunei Darussalam, Lesotho, Malaysia, Swaziland, Tonga), dan selebihnya adalah negara republik. Republik Ireland (sejak 1949), Zimbabwe (2003), Gambia (2013) dan Maldives (2016) merupakan bekas negara anggota. Afrika Selatan dan Pakistan pernah meninggalkan pertubuhan kesatuan Komanwel dan kemudian menyertai semula.
Kesemua maklmuat jadual berdasarkan angka yang disediakan oleh senarai anggota Sekretariat Negara-negara Komanwel, kebanyakan angka jumlah penduduk adalah berdasarkan anggaran tahun 2007, kecuali dinyatakan sebaliknya.[8]
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Jumlah penduduk | Catatan[A] |
---|---|---|---|---|
Afrika Selatan | 11 Disember 1931 | Afrika | 54,956,900 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 31 Mei 1910. Salah satu Dominion yang asal pada waktu Statut Westminster 1931. Telah keluar pada 31 Mei 1961; menyertai semula pada 1 Jun 1994.[9] |
Antigua dan Barbuda[F] | 1 November 1981 | Caribbean | 86,295 | |
Australia[F] | 11 Disember 1931 | Australia | 23,795,300 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Januari 1901. Australia ialah salah satu daripada dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut tersebut tidak diterima guna di Australia sehinggalah tahun 1942 (dengan kesan retroaktif sejak 1939).[10] Akta Australia 1986 ditubuhkan secara khusus, hanya Perdana Menteri Negeri kini boleh menasihati Baginda Ratu mengenai pelantikan atau penyingkiran Gabenor Negeri. Walau bagaimanapun, Baginda Ratu masih boleh menjalankan mana-mana kuasa baginda berkenaan dengan Negeri jika baginda "secara peribadinya hadir" di Negeri itu.[ref 1] |
Bahamas[F] | 10 Julai 1973 | Caribbean | 368,390 | |
Bangladesh | 18 April 1972[11] | Asia | 158,088,000 | Mengisytiharkan kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.[12] |
Barbados[F] | 30 November 1966 | Caribbean | 285,000 | |
Belize[F] | 21 September 1981 | Amerika Utara | 358,899 | |
Botswana | 30 September 1966 | Afrika | 2,024,904 | |
Brunei Darussalam | 1 Januari 1984 | Asia | 393,372 | |
Cameroon | [13] | 13 November 1995Afrika | 21,143,237 | Kebanyakan negara merupakan bekas wilayah mandat Cameroun Perancis (kemudian wilayah amanah PBB) dan memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada 1 Januari 1960, bersatu dengan bekas mandat/wilayah British Cameroon Selatan yang lebih kecil untuk mendapatkan kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Oktober 1961. |
Cyprus[G] | 13 Mac 1961[14] | Eurasia | 858,000 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 16 Ogos 1960. |
Dominika | 3 November 1978 | Caribbean | 71,293 | |
Fiji[B] | 10 Oktober 1970 | Oceania | 859,178 | Telah keluar pada 1987; menyertai semula pada 1997; digantung pada 6 Jun 2000;[15] penggantungan ditarik balik pada 20 Disember 2001;[16] sekali lagi daigantung pada 8 Disember 2006 kerana rampasan kuasa.[17][18] Penggantungan ditarik balik pada 26 September 2014. |
Ghana | 6 Mac 1957 | Afrika | 27,043,093 | |
Grenada[F] | 7 Februari 1974 | Caribbean | 103,328 | |
Guyana | 26 Mei 1966 | Amerika Selatan | 746,900 | |
India | 15 Ogos 1947 | Asia | 1,269,090,000 | Digabungkan dengan bekas wilayah India Perancis (Chandannagar dari 2 Mei 1950 serta Puducherry, Karaikal, Yanam dan Mahé dari 1 November 1954), bekas India Portugis (Goa, Daman serta Diu dari 19 Disember 1961 dan Dadra dan Nagar Haveli secara rasmi dari 1961) dan Sikkim (dari 16 Mei 1975). |
Jamaika[F] | 6 Ogos 1962 | Caribbean | 2,717,991 | |
Kanada[F] | 11 Disember 1931 | Amerika Utara | 35,702,707 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 1 Julai 1867. Kanada ialah negara pertama dalam kalangan beberapa Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[19] Digabungkan dengan Dominion asal yang lain, Newfoundland pada 31 Mac 1949.[20] Akta Kanada 1982 secara rasminya mengakhiri peruntukan "permintaan dan persetujuan" Statut Westminster 1931 berhubung dengan Kanada, di mana parlimen British mempunyai kuasa umum untuk meluluskan undang-undang yang meluas ke Kanada atas permintaannya sendiri. |
Kenya | 12 Disember 1963 | Afrika | 46,749,000 | |
Kepulauan Solomon[F] | 7 Julai 1978 | Oceania | 581,344 | |
Kiribati | 12 Julai 1979 | Oceania | 106,461 | |
Lesotho | 4 Oktober 1966 | Afrika | 2,120,000 | |
Malawi | 6 Julai 1964 | Afrika | 16,310,431 | |
Malaysia | [21][22] | 31 Ogos 1957Asia | 30,538,100 | Menyertai sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957; dibentuk sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dengan persekutuan bersama Singapura (menjadi negara berasingan pada 9 Ogos 1965), Borneo Utara, dan Sarawak.[23] |
Malta | 21 September 1964 | Eropah | 425,384 | |
Mauritius | 12 Mac 1968 | Afrika | 1,261,208 | |
Mozambique | [24] | 13 November 1995Afrika | 25,727,911 | Memperoleh kemerdekaan dari Portugal pada 26 Jun 1975. Negara pertama yang menyertai Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25] |
Namibia | 21 Mac 1990 | Afrika | 2,113,077 | Memperoleh kemerdekaan dari Afrika Selatan.[26] Ia termasuklah Walvis Bay dan Kepulauan Penguin yang diserahkan oleh Afrika Selatan pada waktu tengah malam 28 Februari 1994. |
Nauru[B] | 1 November 1968 | Oceania | 10,084 | Memperoleh kemerdekaan pada 31 Januari 1968 dari peramanahan bersama Australia, New Zealand dan United Kingdom. Menjadi anggota khas dari 1 November 1968 hingga 1 Mei 1999, apabila ia menjadi anggota penuh,[27] sebelum kembali ke status khas pada bulan Januari 2006.[28] Menjadi anggota penuh semula sejak Jun 2011.[29] |
New Zealand[F] | 11 Disember 1931 | Oceania | 4,572,100 | Diberikan kemerdekaan nominal (status Dominion) pada 26 September 1907. Salah satu daripada Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931, walaupun statut itu tidak diterima guna di New Zealand sehinggalah tahun 1947.[30] Hubungan akhir dengan Parlimen British dihapuskan pada 1986. |
Nigeria | 1 Oktober 1960 | Afrika | 183,523,000 | Digabungkan dengan bekas mandat/wilayah amanah Cameroon Utara British pada 31 Mei 1961. Telah digantung pada 1995, penggantungan ditarik balik pada 1999.[31] |
Pakistan | [E] | 14 Ogos 1947Asia | 189,388,000 | Termasuk bandar Gwadar, diserahkan dari Muscat dan Oman pada 8 September 1958. Termasuk Bangladesh (kemudian dikenali sebagai Pakistan Timur) sehingga1971.[12] Meninggalkan Komanwel pada 1972, menyertai semula pada 1989; digantung pada 1999, penggantungan ditarik balik pada 2004; sekali lagi digantung pada 2007,[32] penggantungan ditarik semula pada 2008.[33] |
Papua New Guinea[F] | 16 September 1975 | Australia | 7,398,500 | Memperoleh kemerdekaan dari Australia. |
Rwanda | [6] | 29 November 2009Afrika | 10,966,891 | Memperoleh kemerdekaan dari Belgium pada 1 Julai 1962. Negara kedua (selepas Mozambique) yang memasuki Komanwel dengan tanpa sebarang hubungan penjajahan atau perlembagaan dengan United Kingdom.[25] Tidak seperti Mozambique, negara ini telah mengguna pakai bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sejak menyertai. |
Saint Kitts dan Nevis[B][F] | 19 September 1983 | Caribbean | 55,000 | |
Saint Lucia[F] | 22 Februari 1979 | Caribbean | 185,000 | |
Saint Vincent dan Grenadines[F] | 27 Oktober 1979 | Caribbean | 109,000 | Anggota khas dari 27 Oktober 1979 sehingga 1 Jun 1985. |
Samoa[B] | 28 August 1970 | Oceania | 187,820 | Memperoleh kemerdekaan dari New Zealand pada 1 Januari 1962. Menyertai sebagai Samoa Barat, Joined as Western Samoa, kemudiannya menukar nama kepada Samoa pada 4 Julai 1997.[34] |
Seychelles | 29 June 1976 | Afrika | 89,949 | |
Sierra Leone | 27 April 1961 | Afrika | 6,319,000 | |
Singapura[B] | [35] | 9 Ogos 1966 (berkuat kuasa dari 9 Ogos 1965)Asia | 5,469,700 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom dan menyertai persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Menjadi merdeka pada 9 Ogos 1965.[36] |
Sri Lanka | 4 Februari 1948 | Asia | 20,675,000 | Menyertai sebagai Dominion Ceylon, kemudiannya menukar nama pada 1972. Menjadi negara republik pada 1972 dan memutuskan hubungan akhir dengan Britain. |
Swaziland | 6 September 1968 | Afrika | 1,119,375 | |
Tanzania | 9 Disember 1961 | Afrika | 47,421,786 | Menyertai sebagai Tanganyika dan kemudiannya Zanzibar, yang akhirnya bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37] |
Tonga | 4 Jun 1970 | Oceania | 103,252 | |
Trinidad dan Tobago | 31 August 1962 | Caribbean | 1,328,019 | |
Tuvalu[B][F] | 1 Oktober 1978 | Oceania | 11,323 | Anggota khas dari 1 Oktober 1978 sehingga 1 September 2000.[38] |
Uganda | 9 Oktober 1962 | Afrika | 34,856,813 | |
United Kingdom | 11 December 1931 | Eropah | 64,511,000 | Parlimen United Kingdom menggubal Statut Westminster 1931. |
Vanuatu[B] | 30 Julai 1980 | Oceania | 264,652 | Memperoleh kemerdekaan dari pemerintah Perancis dan United Kingdom. |
Zambia | 24 Oktober 1964 | Afrika | 15,473,905 | |
↑ A. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kemerdekaan diperoleh dari United Kingdom pada tarikh (ditunjukkan dalam lajur 2) menyertai Komanwel. |
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Tarikh keluar | Catatan |
---|---|---|---|---|
Gambia | 18 Februari 1965 | Afrika | 3 Oktober 2013 | Menarik balik penyertaan pada 3 Oktober 2013 dengan alasan "penjajahan baru".[39][40] Adama Barrow, yang dipilih sebagai Presiden Gambia pada 2016, telah berjanji untuk membawa kembali negara ke dalam Komanwel.[41] Gambia secara rasminya telah menghantar pemohonan untuk menyertai semula Komanwel kepada Setiausaha Agung Patricia Scotland pada 22 Januari 2018.[42] |
Ireland | 11 Disember 1931 | Eropah | 18 April 1949 | Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931.[20] Menarik diri selepas meluluskan Akta Republik Ireland pada 1949,[12] kerana negara republik tidak dibenarkan menjadi anggota pada ketika itu.[ref 2] |
Maldives | 9 Julai 1982 | Asia | 13 Oktober 2016 | Memperoleh kemerdekaan dari United Kingdom pada 26 Julai 1965.[43] Anggota khas dari 9 Julai 1982 sehingga 20 Julai 1985.[44] Diumumkan pada 13 Oktober 2016 bahawa negara itu menarik diri daripada Komanwel.[45][46] |
Zimbabwe | 1 Oktober 1980 | Afrika | 7 Disember 2003 | Digantung pada 19 Mac 2002.[16] Menarik diri secara sukarela pada 7 Disember 2003.[47] |
Negara | Tarikh menyertai | Benua | Tarikh terbubar | Menyertai semula sebagai sebahagian daripada | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 | Asia | [22] | 31 Ogos 1963Malaysia | Dibentuk semula sebagai Persekutuan Malaysia bersama dengan Singapura (menjadi anggota berasingan pada 1965), Sabah dan Sarawak. |
Newfoundland | 11 Disember 1931 | Amerika Utara | 31 Mac 1949 | Kanada | Salah satu Dominion asal pada waktu Statut Westminster 1931. Kerajaan digantung pada 16 Februari 1934, digabungkan ke dalam Kanada pada 31 Mac 1949.[20] |
Tanganyika | 9 Disember 1961 | Afrika | 26 April 1964 | Tanzania | Dua negara tersebut bergabung untuk membentuk Tanzania pada 26 April 1964.[37] |
Zanzibar | 10 Disember 1963 | ||||
Negara | Tarikh memohon | Benua | Jumlah penduduk | Catatan |
---|---|---|---|---|
Somaliland | 2009[48] | Afrika | 3,500,000 | Somaliland merupakan negara berdaulat yang mengisytiharkan diri dan tidak diiktiraf, diakui sebagai sebahagian daripada Somalia oleh masyarakat antarabangsa. Ia telah memohon untuk menyertai Komanwel dengan status pemerhati.[48] Sempadannya hampir sama dengan bekas wilayah Somaliland British, yang merupakan wilayah naungan British dari tahun 1884 hingga 1960. |
Sudan | 2009[49] | Afrika | 37,289,406 | Sudan merupakan sebuah kondominium United Kingdom dan Mesir yang dikenali sebagai Sudan Inggeris–Mesir, tetapi dalam amalan, kondominium tersebut berada di bawah kuasa penuh British sehinggalah kemerdekaannya pada 1956. Sudan telah menyatakan minatnya untuk menyertai Komanwel.[50] |
Sudan Selatan | 2011[51] | Afrika | 8,260,490 | Memperoleh kemerdekaan dari Britain sebagai sebahagian daripada Sudan pada tahun 1956. Mendapat kemerdekaan dari Sudan pada 2011. |
Suriname[52] | 2012 | Amerika Selatan | 560,157 | Jajahan Inggeris Willoughbyland dari 1650 hingga 1667 dan dikawal oleh British dari 1799 hingga 1816, dan kemudiannya menjadi tanah jajahan Belanda. Pada 2012, Suriname mengumumkan rancangan untuk menyertai Komanwel[53] dan kerajaan British telah menjadikannya keutamaan untuk memberikan panduan kepada Suriname dalam pemohonan keanggotaan Komanwel.[54] |
Negara-negara lain yang telah menunjukkan minat untuk menyertai Komanwel termasuklah Algeria, Kemboja, Madagascar, Palestin, dan Yaman.[55][56]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.