Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemerintahan beraja (Jawi: ڤمرينتهن براج, bahasa ringkas: kerajaan كراجاءن) atau monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis pemerintahan di mana ketua negara dilantik dalam kalangan keluarga seseorang penguasa yang berpengaruh lama sepanjang zaman penubuhan negara tersebut (raja atau ratu) dan jawatan tersebut dipegang sepanjang hayatnya sehingga kemangkatan di mana ia diturunkan kepada putera atau puteri. Ia sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem raja berperlembagaan berpandukan suatu undang-undang tubuh sambil kuasa wewenang sehariannya diserahkan kepada seorang perdana menteri.
Dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.
Monarki demokrasi atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokrasi, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokrasi.
Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Raja adalah ketua agama.
Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas seperti Maharaja dan Khalifah.
Beberapa sebab menyokong monarki adalah:
Beberapa sebab menentang monarki:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.