Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik Seychelles (Perancis: [sɛʃɛl][5][6][7] atau [seʃɛl][8] bahasa Kreol: Repiblik Sesel) adalah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1.600 km sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Réunion di sebelah selatan, Comoros dan Mayotte. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut.
Republik Seychelles ريڤوبليك سيشيل Republic of Seychelles République des Seychelles Repiblik Sesel | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Finis Coronat Opus" (bahasa Latin) "Hasil menghiasi kerja" | |||||
Lagu kebangsaan: Koste Seselwa | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Victoria | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris Bahasa Perancis Kreol Seisela | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Wavel Ramkalawan | ||||
• Timbalan Presiden | Ahmed Afif | ||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 459 km2 (177 bt2) (ke-181) | ||||
negligible | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 94,228[1] (ke-195) | ||||
205.3/km2 (531.7/sq mi) (ke-67) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $2.919 bilion[2] | ||||
$30,486[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2 | ||||
• Jumlah | $1.564 bilion[2] | ||||
Gini (2013) | 46.8[3] tinggi | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.801[4] sangat tinggi · ke-62 | ||||
Mata wang | Rupee Seychelles ( SCR ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (SCT) | ||||
UTC+4 (tidak diperhatikan) | |||||
Kod panggilan | 248 | ||||
Kod ISO 3166 | SC | ||||
DPT internet | .sc |
Kepulauan ini dinamakan para peneroka Perancis sempena Jean Moreau de Séchelles, seorang negarawan yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Raja Louis XV.[9]
Pulau ini langsung tidak pernah dihuni mana-mana manusia sehinggalah abad ke-16, apabila sebuah armada Portugis diketuai Vasco da Gama menemui Pulau Silhouette dan Pulau Desroches pada 15 dan 16 Mac 1503, sepertimana yang dicatat Thomé Lopes.
Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertai Alam Komanwel pada tahun sama.[10]
Suatu rampasan kuasa diketuai France Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertama James Mancham pada tahun 1977.[11] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.
Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:
|
|
Seychelles ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Somali, di timur laut Madagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dari Mogadishu, ibu negara Somalia.[12] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[13] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), dengan zon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetap Mahé, 9 peratus lagi di Praslin dan La Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulau Aldabra.[14]
Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[15] dan dikelaskan sebagai iklim hutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan di Victoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[16]
Ekonomi Seychelles secara utamanya berdasarkan perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabot dan minuman.[17][18] Hasil-hasil pertanian negara termasul kayu manis, keledek, ubi kayu, pisang, ternakan poltri dan tuna.[17][18]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.