Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Waktu musim panas (bahasa Inggeris: summer time ) atau waktu jimat siang (daripada istilah bahasa Inggeris: Daylight Saving Time , DST - khususnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia[1][2]) ialah sistem yang bertujuan untuk "menyimpan cahaya siang hari" pada musim panas, di mana waktu rasmi sesuatu kawasan itu dimajukan satu jam lebih awal daripada zon waktu yang rasmi selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sedrhana kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.
Di Malaysia, waktu musim panas telah digunakan mulai 1 Januari 1933 dan dihentikan pada 31 Disember 1981.
Sistem waktu musim panas ini pertama kali dicadangkan oleh Benjamin Franklin dalam sepucuk surat kepada editor Journal of Paris. (Baca teks lengkapnya di .) Namun artikel ini lucu; Franklin tidak mencadangkan agar orang bangun lebih awal dan tidur lebih cepat.
Gagasan ini pertama kali dikemukakan secara serius oleh William Willett dalam "Waste of Daylight", yang terbit pada 1907, namun ia tidak mampu mendorong kerajaan Britain menerimanya, meskipun beliau berusaha keras melobi.
Gagasan waktu musim panas pertama kali diamalkan oleh kerajaan Jerman pada waktu Perang Dunia Pertama antara 30 April dan 1 Oktober 1916. Tidak lama kemudian Britain mengikutinya, mula-mula menjalankan DST antara 21 Mei dan 1 Oktober, 1916. Lalu pada 19 Mac 1918, Kongres Amerika Syarikat menetapkan beberapa zon waktu (yang sudah digunakan oleh jaringan kereta api dan kebanyakan kota sejak 1883) dan merasmikan DST (yang berlaku mulai 31 Mac) hingga Perang Dunia I berakhir. Sistem ini dijalankan selama tujuh bulan pada 1918 dan 1919. Namun yang nyatanya, peraturan ini sangat tidak popular (terutama disebabkan individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu biasanya) sehingga peraturan itu ditarik semula.
Pihak penyokong sistem waktu ini menyatakan bahawa sistem waktu ini menjimatkan tenaga dan mempromosikan gaya hidup sihat pada waktu petang (kerana waktu siang yang lebih panjang) lalu membawa kepada kesihatan awam yang lebih baik.[3] Pihak yang menentang sistem waktu ini berkata bahawa ritma sirkadian badan terganggu akibat sistem ini lalu membawa kepada kemudaratan kesihatan serta meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti sakit jantung.[4] Selain itu, sistem ini dikatakan meningkatkan kebarangkalian kemalangan jalan raya maut.[5]
Pakar dalam bidang ritma sirkadian dan tidur memberi amaran tentang kesan sistem waktu musim panas terhadap kesihatan memandangkan sistem ini memotong waktu tidur seseorang.[6] Lazimnya, sistem waktu piawai sepanjang tahun diusulkan sebagai pengganti kepada sistem ini demi kemaslahatan kesihatan awam.[7] Sistem ini juga dikatakan dapat membantu seseorang dengan kemurungan kerana bangun lebih awal,[8] tetapi ada kajian yang menyatakan sebaliknya.[9] Sistem ini dikaitkan dengan peningkatan kebarangkalian mendapat angin ahmar dalam tempoh dua hari selepas perubahan sistem waktu.[10]
Sebuah kajian di Sweden mendapati bahawa perubahan sistem ketika musim bunga membawa kepada peningkatan pesakit jantung dalam tiga hari selepas perubahan, tetapi berkurang ketika perubahan pada musim luruh.[11]
Hal masalah kesihatan dalam sistem ini mempengaruhi penggunaan sistem waktu musim panas oleh pihak negara seperti kerajaan Kazakhstan yang memansuhkan sistem ini pada 2005 akibat hal ini.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.