Search (kugiran)
Kumpulan Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Search ialah sebuah kugiran rock kapak Malaysia yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor irama Rock & Roll atau muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981 yang diketuai oleh dua orang Amy dan Yazit Ahmad, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, ratusan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah berdekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.
Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Berasal dari ...
Search | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Flash |
Berasal dari | Johor, Malaysia |
Genre | Rock and Roll, Hard Rock, Glam rock, Rock kapak, Pop rock, Soft rock, Ballad |
Tahun aktif | 1981–kini |
Syarikat rakaman | Polygram Records (1984—1987) BMG Music (1989—2001) LIFE Records (2006) |
Pengkarya berkait | Amy, M. Nasir, Loloq, Wings, S. Amin Shahab, Bob Lokman |
Laman sesawang | Search AMY (Since 1981 line up) Search KID & DIN www |
Ahli | SEARCH terkini Line up Kid & Din Kid - Gitar Utama Din - Gitar Kedua Yan - bass Minn - Drum Amir Masdi - Vokal sessionist Line up Amy Amy Search - Vokal, Gitar Kedua (1981-1984) Hillary Ang - Gitar Utama Man Kidal - Gitar Utama Nasir - Bass |
Bekas ahli | Zainal Rampa - Vokal, Gitar Kedua Yazit Ahmad - Dram (meninggal dunia) Moq - Vokal Shah Nizam Abdul Halim - Gitar Awie - vokal Zam - Bass Lola - Dram Denden Gonzalez - Vokal sessionist Akim - Vokal sessionist |
Tutup