![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/25/Awie_on_MeleTOP.jpg/640px-Awie_on_MeleTOP.jpg&w=640&q=50)
Awie
Penyanyi dan pelakon Malaysia, Raja Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Hormat Dato' Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit dan pengarah Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings.
Awie | |
---|---|
![]() Dato' Awie di studio MeleTOP pada Mac 2016. | |
Kelahiran | Ahmad Azhar bin Othman (1968-11-24) 24 November 1968 (umur 55) |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit, pengarah |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pangkat | Raja Rock Malaysia, Husin |
Pasangan | Arni Nazira (k. 1998; c. 2006) Rozana Misbun (k. 2006; c. 2014) Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016) |
Anak-anak | 6 (termasuk Putra Ahmad Merrah) |
Ibu | Azizah Abdul Hamid |
Bapa | Othman Maarof |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hard rock, pop rock, heavy metal, glam metal, pop metal, soft rock |
Instrumen | Vokal, gitar, keyboard |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Wings, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kristal, Datuk M. Nasir |
Dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kerjaya muzik Awie sebagai artis bermula pada 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993.[1][2] Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini,[3] yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.
Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul dengan satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif dalam beberapa untuk konsert sahaja. Pada tahun 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara rancangan realiti seperti Tunggu Sekejap,[4] juri Maharaja Lawak Mega 2012 dan banyak lagi.