![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3c/Ziana_Zain_on_MeleTOP.jpg/640px-Ziana_Zain_on_MeleTOP.jpg&w=640&q=50)
Ziana Zain
Penyanyi dan pelakon Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Merlimau, Melaka, bakatnya dalam bidang muzik telah dikesan oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia[3] di Asia Tenggara.[4][5] Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.
Ziana Zain | |
---|---|
![]() Ziana pada 2015. | |
Kelahiran | Siti Roziana binti Zain (1968-05-02) 2 Mei 1968 (umur 56) |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1989–kini |
Ketinggian | 160 cm (5 ka 3 in) |
Pasangan | Armin Zaharin Ahmad Zambri (k. 1998; c. 2018) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | Zain Abdullah (bapa) Robiah Abdul (ibu) |
Saudara | Anuar Zain (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Balada, R&B, Jazz, Etnik Kreatif, Soul, Soft rock |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Awie, Erra Fazira, Broery Marantika, Nora, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura, Amy Mastura, Anuar Zain, Ernie Zakri, Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Ella, Aishah, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Misha Omar, Rozita Che Wan, Azwan Ali |
Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Antara filem-filem lakonannya ialah Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010). Beliau juga telah membintangi drama TV termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022). Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records; menerima undangan membuat persembahan di stesen penyiaran Jepun, NHK dan meraih Anugerah Melodi Emas di Festival Muzik Jepun.[6][7]
Sepanjang kerjayanya, Ziana telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu. Adiknya, Anuar Zain turut berkecimpung dalam bidang muzik. Beliau dikenali dengan vokalnya yang "lantang" dan "nyaring".[8][9][10] Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[lower-alpha 1]