Ramlah Ram
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ramlah Ram (lahir 19 Februari 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Diam Diam Jatuh Cinta, Selamat Jalan Romeo, Ketentuan, Sesaat Kau Datang dan lain lain.
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: kelihatan seperti direktori. |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Ramlah Ram | |
---|---|
Kelahiran | (1965-02-19) 19 Februari 1965 (umur 59) Kesang, Tangkak, Johor, Malaysia |
Genre | Pop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1985ākini |
Syarikat rakaman | Nawab Productions (NP; 1986 - 1991), (Sony BMG; 1992 - 1999), (FMC; 2006 - 2012); RRG Entertainment (2012 - kini) |
Laman sesawang | Laman Rasmi Ramlah Ram |
Beliau ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, ND Lala, Hattan dan Noraniza Idris.