Jamal Abdillah
Raja Pop Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Hormat Dato' Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1][2][3][4][5] Beliau mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak menerusi lagu-lagu popularnya seperti "Perpisahan Tanpa Relamu", "Derita Cinta", "Azura", "Sandarkan Pada Kenangan", "Kau Lupa Janji", "Cinta Yang Terbiar", "Kekasih Awal dan Akhir" dan "Penghujung Rindu".[6][7]
Jamal Abdillah D.I.M.P. (Pahang) | |
---|---|
Kelahiran | Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali (1959-05-07) 7 Mei 1959 (umur 65) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1973–kini |
Pangkat | Raja Pop Malaysia |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 (termasuk Yamani Abdillah dan Zaki Yamani) |
Ibu bapa |
|
Keluarga |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | EMI, Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki, M. Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki |
Beliau ialah antara salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya menghasilkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal dan Akhir.[8] Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.[9][10][11][12] Sepanjang kerjayanya, Jamal pernah meraih gelaran Persembahan Vokal Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).[13][14][15] Anak-anak beliau, Zaki Yamani dan Osama Yamani meneruskan perjuangan beliau dalam bidang muzik.[16][17][18]