Mama Juwie
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mama Juwie atau nama asalnya Abdul Jalil bin Salleh merupakan seorang penulis lirik yang popular pada tahun 1980-an di Malaysia.[1] Beliau juga pernah popular dengan majalah hiburan Mangga yang menampilkan ramai artis remaja Malaysia.
Mama Juwie | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Jalil bin Salleh (1953-07-09)9 Julai 1953 |
Meninggal dunia | 4 April 2015(2015-04-04) (umur 61) |
Sebab kematian | Kanser usus, kanser prostat |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Selayang Baharu |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Juwie |
Kerakyatan | Melayu |
Pekerjaan | Wartawan, Penulis lirik |
Tahun aktif | Kerjaya muzik |
Genre | Balada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock |
Pekerjaan | Penulis lirik |
Tahun aktif | 1980ā2002 |
Syarikat rakaman | Musical Sound Organisation Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Lan Laga |
Abdul Jalil dilihat sebagai Sebagai ikon kewartawanan hiburan dan pencetus kepada revolusi penulisan gosip di Malaysia dengan memberi penekanan kepada laras bahasa bersifat santai dan bersahaja. Allahyarham memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984 dan kemudian menjadi Pengarang Majalah Mangga pada 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.
Antara karya lirik yang hebat dan agung yang pernah dihasilkan beliau ialah Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan dinyanyikan oleh penyanyi ternama, Ramlah Ram. Lirik-lirik tulisan Juwie juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada kejayaan artis-artis lain seperti Jamal Abdillah, Kumpulan Alleycats, Norsheila Amin, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, Kumpulan Gersang, Kumpulan Spring dan Kumpulan May.
Juwie mungkin satu-satunya penulis senikata Malaysia yang namanya diabadikan oleh penulis senikata lain sebagai subjek untuk sebuah lagu, dan ini berlaku seawal 1987 oleh Kumpulan BPR. Walau bagaimanapun, senikata lagu Juwie Juwie Juwie bukanlah menceritakan tentang Juwie seorang penulis senikata, tetapi merujuk kepada Juwie (yang turut digelar "Mama") seorang wartawan hiburan yang sangat terkenal pada 1980-an.[2]
Abdul Jalil meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras akibat menghidap kanser prostat.[3]