Penyanyi dan pemuzik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Haji Suhaimi bin Haji Abdul Rahman (lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan SEARCH,SEARCH merupakan band rock Malaysia paling berpengaruh di Malaysia dan merupakan kumpulan rock no 1 Malaysia, Search, yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara filem lakonannya termasuk Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990).[1] Sepupu beliau, Amir Pearl atau nama penuhnya Dato' Seri Mohd Amir Mohd Esa merupakan seorang vokalis dari Kumpulan Pearl yang popular dengan lagu hits Aku Tak Bersalah di awal tahun 90an.
Amy Search | |
---|---|
Kelahiran | Suhaimi bin Abdul Rahman 28 Julai 1958 |
Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi, penulis lirik, pelakon |
Tahun aktif | 1973–kini |
Pangkat | Raja Rock Malaysia |
Pasangan |
|
Anak-anak | 5 (termasuk Nabila Huda) |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock |
Instrumen | Vokal, gitar |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Search, Titanic |
Pada mulanya, Datuk Amy bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menjadi penyanyi utama dan pemain gitar bersama dua rakan sekolahnya untuk menubuhkan kumpulan The Detours Brothers pada tahun 1971-1973. Kemudian Amy menjadi penyanyi utama dan pemain gitar irama untuk menubuhkan Soft White Eyes yang diketuai oleh Umarul yang merupakan pemain gitar utama Kumpulan Iklim pada tahun 1973. Pada tahun 1978, Awang menyertai kumpulan Soft White Eyes dan bertukar nama menjadi Kumpulan Titanic pada tahun 1979 dan berkubur pada tahun 1981 sekaligus menghidupkan kembali pada tahun 1983. Amy dan dijemput dua orang itu, Nasir dan Din untuk menyertai kumpulan Flash seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi dan pemain gitar irama sejak 1981. Apabila Zainal meninggalkan Flash (Search), Datuk Amy menjadi penyanyi utama dan tamborin selaku ketua kumpulan dan pengasas kumpulan manakala dua orang itu Din sebagai pemain gitar irama dan Nasir Daud sebagai pemain gitar bes sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.[2]
Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Datuk Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Datuk Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan Search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Datuk Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang diberi judul Magic.[3]
Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Datuk Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Datuk Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Datuk Nash bersama Kumpulan Lefthanded, Yantzen bersama Kumpulan Rusty Blade, Datuk Awie bersama Kumpulan Wings, Joey bersama Kumpulan Bumi Putra Rockers, Mus bersama Kumpulan May, Mael bersama Kumpulan XPDC, Isa Rahman bersama Handy Black, Allahyarham Saleem bersama Kumpulan Iklim, Zarith bersama Kumpulan Mega, Oney bersama Kumpulan Lipan Bara dan ramai lagi.[4]
Pada tahun 2008, Datuk Amy mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[5]
Pada 30 Mac 2020, beliau mengumumkan pengundurannya sebagai vokalis Search buat kali kedua, sambil menyifatkan kualiti vokal sebagai punca utama.[6] Beliau dilaporkan tidak akan terlibat dalam mana-mana konsert Search pada masa depan.[7]
Amy memulakan kerjaya lakonan pada 1986 menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani.[8]
Pada tahun 2010, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[9] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[10]
Diklasifikasikan sebagai bersuara “Tenor”, beliau ialah salah seorang penyanyi rock bersama kumpulan Search yang terbaik Malaysia yang memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik, anugerah Malaysia yang bersamaan dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat.
Adjie Esa Poetra, seorang pengajar vokal Indonesia menyifatkan suara tingginya sebagai "Beliau (Amy Search) sangat berhati-hati dan tidak pernah gagal dalam penghasilan nada dan dia dapat menghasilkan nada yang paling seni dan indah yang mungkin.... Dalam mana-mana lagu, dia boleh menyanyi dengan meringankan tetapi berkuasa selain memiliki lebih daripada empat oktaf pelbagai vokal.
Salah satu lagunya paling rumit untuk dipersembahkan adalah "Tiada Lagi", sebuah lagu dari Mayangsari dipengaruhi Jepun di mana ia memerlukan Amy bermain peralihan alto dan nada vokal tenor dan jarang dipersembahkan secara langsung.
Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norhasniza "Nourish" Hassan yang berasal dari Melaka kekal hingga kini.[11] Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Isterinya, Nourish mengalami keguguran ketika hamil empat bulan.[12]
Beliau ialah seorang penggemar kopi dan teh tarik dan melancarkan jenama teh beliau yang diberi nama Phewiiit!. Amy berkata: "Kepada peminat rock, bersedia untuk Teh Tarik Phewiiit ! istimewa saya. Ini sesuatu yang saya selalu mahu lakukan, kerana saya seorang pencinta Kop . Dari zaman awal saya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita, kepada penyanyi rock, kopi tidak pernah lekang dengan jiwa saya selepas kerja keras seharian".[13]
ALBUM SOLO
ALBUM SEARCH
SINGLE
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Dirinya sendiri | Filem pertama, pelakon undangan |
1987 | Rozana Cinta 87 | Pelakon undangan | |
Sayang | Rizal | ||
Kepala Angin | Penyanyi latar | ||
1990 | Fenomena | Suhaimi | |
Isabella | Amy | Filem usahasama Malaysia - Indonesia | |
2005 | Rock | Juri | Pelakon undangan |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Driver Lori Ayam | Penampilan khas |
2024 | Tan-Ti-Ana | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Asam Pedas Pewitt | Amy | TV3 |
Amy Search diabadikan dalam bentuk kartun lukisan Lat dalam komik karya Lat, Lat as Usual yang diterbitkan pada 1990 oleh Berita Publishing.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.