Remove ads
Raja Rock Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Yantzen Juniwan (lahir 2 Disember 1958) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade.[1] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[2]
Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain dram untuk menubuhkan Soft White Eyes yang diketuai oleh yang diketuai oleh tiga orang Umarul yang merupakan pemain gitar utama Kumpulan Iklim (gitar utama), Amy Search (penyanyi utama dan gitar irama) dan Dian P. Ramlee (gitar bes) pada tahun 1973. Pada tahun 1978, Awang menjadi pemain gitar utama untuk menyertai kumpulan Soft White Eyes manakala Umarul diserap sebagai pemain gitar kedua dan kumpulan ini menukar namanya menjadi Kumpulan Titanic pada tahun 1979 dan berkubur pada tahun 1981 sekaligus menghidupkan kembali pada tahun 1983. Yantzen menggalas sebagai penyanyi untuk menubuhkan Rusty Blade pada tahun 1981. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album 786 Ikrar Perwira (1986), Rintangan Hidup Dunia (1987), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).
Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.
Pada tahun 1992 hingga tahun 1996 Yantzen menganggotai May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan baru, Strangers.[3]
Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2009, Yantzen merupakan salah seorang penyanyi yang muncul dalam album kompilasi Rock Rohani yang turut menampilkan pelakon Razak Ahmad.[4]
Yantzen ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau sebelum ini telah menolak untuk menyertai rancangan itu sebanyak dua hingga tiga kali. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Grand Konsert | "Tiada Lagi Aku" & "Insan" | Rusty Blade & dirinya sendiri | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 2 | Sama Naik | "Duit" | Kembara | Ke-12 | SELAMAT |
Minggu 3 | Cuba Try Best | "Malam Ini Kita Punya" | Bunkface | Ke-9 | TERKECUALI |
Minggu 4 | Lagu Berhantu | Ke-4 | SELAMAT | ||
Minggu 5 | Tahu Tahu Sampai | "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" | Alleycats | Ke-10 | SELAMAT |
Minggu 6 | Double Special | "Di Sebalik Rahsia Cinta" (duet bersama Marsha Milan) | Metropolitan | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 7 | Take Over | "Bunga" | Ara Johari | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 8 | GV Throwback | "Segalanya Kuterima" | Illusi | Ke-8 | TERSINGKIR |
Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis, Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.[5] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan.[6] Yantzen dan Lynn akhirnya bercerai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.[7]
Yantzen bersama May pernah membintangi filem Penyu pada tahun 1995. Watak mereka adalah sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.