Raja Rock Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Yantzen bin Juniwan (lahir 2 Disember 1958) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade.[1] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[2]
Yantzen | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Yantzen bin Juniwan |
Juga dikenali sebagai | J. Yantzen |
Kelahiran | Singapura | 2 Disember 1958
Genre | Rock, Heavy metal |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1978–kini |
Pengkarya berkait | Rusty Blade, May |
Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau merupakan penyanyi utama Rusty Blade pada akhir 1980-an. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album 786 Ikrar Perwira (1986), Rintangan Hidup Dunia (1987), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).
Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.
Pada tahun 1992 hingga tahun 1996 Yantzen menganggotai May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan baru, Strangers.[3]
Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2009, Yantzen merupakan salah seorang penyanyi yang muncul dalam album kompilasi Rock Rohani yang turut menampilkan pelakon Razak Ahmad.[4]
Yantzen ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau sebelum ini telah menolak untuk menyertai rancangan itu sebanyak dua hingga tiga kali. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Grand Konsert | "Tiada Lagi Aku" & "Insan" | Rusty Blade & dirinya sendiri | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 2 | Sama Naik | "Duit" | Kembara | Ke-12 | SELAMAT |
Minggu 3 | Cuba Try Best | "Malam Ini Kita Punya" | Bunkface | Ke-9 | TERKECUALI |
Minggu 4 | Lagu Berhantu | Ke-4 | SELAMAT | ||
Minggu 5 | Tahu Tahu Sampai | "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" | Alleycats | Ke-10 | SELAMAT |
Minggu 6 | Double Special | "Di Sebalik Rahsia Cinta" (duet bersama Marsha Milan) | Metropolitan | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 7 | Take Over | "Bunga" | Ara Johari | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 8 | GV Throwback | "Segalanya Kuterima" | Illusi | Ke-8 | TERSINGKIR |
Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis, Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.[5] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan.[6] Yantzen dan Lynn akhirnya bercerai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.[7]
Yantzen bersama May pernah membintangi filem Penyu pada tahun 1995. Watak mereka adalah sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.