Mael XPDC

penyanyi Malaysia (1967-2023) From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Syed Ismail bin Syed Ibrahim (7 Mac 1967 – 27 April 2023) atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC merupakan bekas vokalis bagi kumpulan rock terkenal pada era 90-an iaitu XPDC. Beliau ialah anak ketiga dari lapan adik-beradik berasal dari Muar, Johor dan menetap di Parit Tiram, Muar, Johor.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik ketika berusia 23 tahun bersama kumpulan XPDC pada tahun 1990an. Pada awal pembabitan beliau bersama XPDC, Mael menggunakan nama El sebagai nama pentas. Beliau kemudiannya meninggalkan XPDC pada 1997.

Kematian

Anaknya, Sharifah Irfatasha telah mengesahkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 27 April 2023, sekitar pukul 9:30 malam di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah, Batu 6 Bakri, Muar, Johor pada 27 April 2023 di sekitar pukul 10:55 pagi.[1]

Menurut beberapa sumber,[2] beliau meninggal dunia akibat daripada sesak nafas yang kritikal.

Remove ads

Diskografi

Album

Solo

  • Lain Hidup (2006)

Bersama XPDC

  • Darjah Satu (1990)
  • Timur Barat (1992)
  • Kita Peng-Yu (1994)
  • Rock Ballad (1995) - Kompilasi
  • Headbang (1995) - Kompilasi
  • XPDC & Rakan-Rakan: Unplugged & Accoustic Guitar (1995) - Kompilasi
  • Brutal (1997)
  • Real N Reality (2000) - Kompilasi
  • Un’Metal II (2003) - Kompilasi
  • Rock Union (2008) - Kompilasi
  • Rasopariso (2009)
  • Rasopariso: The Ralaunch (2010)
  • Real N Reality II (2010)
  • Un’Metal III (2013) - Kompilasi
  • Khilaf (2013) - Single
  • Hits 25 Tahun (2013) - Kompilasi
  • Tanda Tanya (2014) - Single

Bersama Real XPDC

  • Konsert “Live” Real XPDC (1998) - Album Live
  • …Di Sebalik Senyuman……Segar Dalam Ingatan… (2002) - Single

Bersama Real X

  • Real X (2004)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads