Gema di Timur Jauh ialah sebuah album studio ketujuh oleh kumpulan Search yang keluar pada Jun 1995, menyusuli album duet Double Trouble bersama Kumpulan Wings, Malaysia. Nasir Daud kembali menyertai kugiran Search semenjak meninggalkan mereka empat tahun sebelumnya.
Gema Di Timur Jauh | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Search | ||||
Dilancarkan pada | 20 Jun 1995 | |||
Dirakamkan pada | 1994-1995 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Heavy metal, Groove metal | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | BMG Go-Search | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi Search | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Am
Album ini dirakam di Studio Ronggeng dan Booty Studio, Kuala Lumpur, diikuti proses mastering di Lion Studio Pte Ltd, Singapura, dengan khidmat M. Nasir sebagai penerbit, dibantu oleh Search, serta Johari Teh sebagai penerbit eksekutif. Ketika merakam album ini, Nasir Daud kembali ke pangkuan Search sebagai pemain gitar bes, bersama Amy sebagai penyanyi, Noordin Taib sebagai pemain gitar elektrik dan akustik, Hamzah Taib sebagai pemain gitar elektrik, dan Yazid Ahmad sebagai pemain dram, diiringi pemuzik undangan iaitu pemain papan nada Firdaus ("Jeritan Rindu", "Cintaku Hilang Bisanya" dan "Hello Kawan") dan Zul Mahat ("Bersalah Atau Tidak", "Andai Ku Miliki Semalam", "Laila Namamu Teratas"); pemain perkusi Wan ("Hello Kawan!"); dan penyanyi latar Arab dan Jay Jay.
Bersempena keluaran album ini, Search mengadakan "Konsert Gema di Timur Jauh" di Stadium Shah Alam, Selangor pada 9 Jun 1995, diikuti "Konsert Gema Di Timur Jauh Live Unplugged" di Life Centre, Kuala Lumpur pada 18 Oktober. Dari konsert tersebut, terhasilnya album live pertama Search, iaitu "Unplugged" Gema di Timur Jauh, yang berbeza sekali intisari lagunya dengan album studio yang sama judulnya ini.
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Laila Namamu Teratas" | Cenderawasih | M. Nasir | 4.30 | |
2. | "Cintaku Hilang Bisanya" | Usop | M. Nasir | 5.50 | |
3. | "Menuju Puncak" | Keon | M. Nasir & Search | 5.11 | |
4. | "Hello Kawan!" | M. Nasir | M. Nasir & Search | 5.12 | |
5. | "Pinball Superhero" | Loloq | M. Nasir | 4.50 | |
6. | "Honky Tong Kosong" | Usop | M. Nasir & Search | 3.44 | |
7. | "Jeritan Rindu" | Cenderawasih | M. Nasir | 5.38 | |
8. | "Roket" | Kristo Bimbo | M. Nasir | 5.15 | |
9. | "Bersalah Atau Tidak" | M. Nasir | M. Nasir | 5.21 | |
10. | "No Way!!!" | M. Nasir | Search | 5.09 | |
11. | "Andai Ku Miliki Semalam" | M. Nasir | M. Nasir | 623 |
Anugerah dan pencalonan
- Anugerah Industri Muzik ke-3 (1996)
- Album Terbaik
Pautan luar
- MuzikROCK: Gema Di Timur Jauh Diarkibkan 2010-08-17 di Wayback Machine
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.