Bob Lokman
penulis lirik, pendakwah, bekas pengacara dan pelakon Malaysia (1964-2022) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Bob Loughman.
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman (15 April 1964 – 23 September 2022) merupakan bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia.[1] Beliau juga ialah penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas dikenali sebagai penulis lirik lagu popular "Isabella" nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Bob Lokman | |
---|---|
Bob Lokman memberi ceramah agama. | |
Kelahiran | Mohd Hakim bin Lokman (1964-04-15)15 April 1964 |
Meninggal dunia | 23 September 2022(2022-09-23) (umur 58) Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia |
Sebab kematian | Komplikasi Jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, Kelantan |
Pekerjaan | Penggubah lagu, penulis lirik, pelawak, pengacara, pelakon, penceramah agama, penulis buku, ahli politik |
Terkenal kerana | "Isabella" |
Parti politik | PAS |
Pasangan | Relawati Daud (k. 2004–2022) |
Anak-anak | 8 (seorang meninggal dunia) |
Bapa | Lokman Ahmad (bapa) |
Saudara | Ahmad Maher Ismail (datuk saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Balada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock |
Tahun aktif | 1988–2011 |
Tutup