Man Kidal (lahir Abdul Rahman bin Mahmood; 2 Mac 1963) ialah seorang pemuzik dan instrumentalis Malaysia. Gelaran Kidal diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Beliau yang dipengaruhi oleh Yngwie Malmsteen, Eric Clapton, Jimi Hendrix, Jeff Beck, Stevie Ray Vaughan, Johnny Winter, Jimmy Page, Joe Perry, Brian May, George Harrison, Hank Marvin, Dave Davies, Pete Townshend, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Manny Charlton, Bernie Leadon, Don Felder, Joe Walsh dan B. B. King. Beliau memulakan kerjayanya untuk menubuhkan kumpulan Lefthanded sebagai pemain gitar utama dan ketua utama kumpulan dan telah ditukarkan nama kepada The Lefthanded pada tahun 1983 hingga berkubur pada tahun 1984. Kemudian beliau telah menyertai kumpulan Down Wheels dan kumpulan ini mengaktifkan kembali menjadi Lefthanded sejak 1986.[1]

Fakta Segera Latar belakang, Nama lahir ...
Man Kidal
Thumb
Album Rockestra (Album solo pertama Man Kidal)
Latar belakang
Nama lahirAbdul Rahman bin Mahmood
Juga dikenali sebagai
Man Kidal
Kelahiran (1963-03-02) 2 Mac 1963 (umur 61)
Skudai, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenreHard rock, Glam metal, Rock kapak, Heavy metal
PekerjaanPemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman
InstrumenGitar
Tahun aktif1979kini
Pengkarya berkait
Lefthanded, Search
Alat muzik terkenal
Gitar elektrik
Tutup

Kerjaya

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama dan ketua di dalam kumpulan tersebut. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak Mohd Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

Diskografi

Lagu ciptaan

Man kidal juga berbakat di dalam mencipta lagu tetapi banyak disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah :

  • Debunga Wangi - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Jabar Isnin)
  • Hadapilah Dengan Sabar - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Samad)
  • Lagenda Cinta - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded)
  • Lanun - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Jabar Isnin)
  • Kenangan Bersamamu - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/Yan)
  • Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi - Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/S. Amin Shahab)
  • Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll - Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip)
  • Maya Persada - Lefthanded (Man Kidal/Ahmad Jaafar)
  • Perjalanan Cinta Abadi - Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip)

Pemuzik undangan

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Kembara Seniman Jalanan Pemuzik Pelakon undangan
1987 Rozana Cinta 87
2005 Rock Juri 2
2012 Chantek Gitaris
Tutup

Konsert

  • Festival Rentak Asia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.