From Wikipedia, the free encyclopedia
Pistacio (Pistacia vera), pistasio atau kacang cerdik[2] adalah pokok kecil yang berasal dari Asia Tengah dan Timur Tengah[3] sekeluarga dengan gajus dalam keluarga Anacardiaceae. Pohon ini menghasilkan benih yang banyak digunakan sebagai makanan.
Pistacia vera | |
---|---|
Pistacia vera (Kerman cultivar) fruits ripening | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Anacardiaceae |
Genus: | Pistacia |
Spesies: | vera |
Nama binomial | |
Pistacia vera | |
Pistacia vera sering dikelirukan dengan spesies lain dalam genus Pistacia yang juga diketahui sebagai pistacio. Spesies lain yang dapat dibezakan oleh taburan geografi mereka (dalam hidupan liar) dan benih mereka yang banyak yang lebih kecil dan mempunyai cengkerang lembut.
Kacang ini dinamakan daripada perkataan bahasa Itali "pistacchio" yang berakar daripada bahasa Parsi Pertengahan pistak (bahasa Parsi moden: پسته pista) melalui perkataan Yunani: πιστάκιον, rumi: pistákion seterusnya ke Latin: pistacium .[4]
Ia hidup subur di kawasan bergurun malah dalam keadaan tanah yang mengandungi garam antara 3,000-4,000 bahagian perjuta;[5] ia mampu hidup selama 300 tahun dalam persekitaran ideal.[6]
Pokok pistacio boleh membesar setinggi 10 m (33 ka). Dedaun ia jenis pinnate meluruh sepanjang 10–20 sentimeter.
Buah ia sejenis drup terdiri daripada suatu kulit berwarna kuning air dan isi berwarna hijau keunguan. Buah-buah pokok ini dipilih biak oleh manusia agar mudah merekah terbuka apabila sudah mencapai tahap kematangan.[7]
Isi buah ia yang keras boleh dimakan begitu sahaja dengan sedikit garam. Ia juga merupakan bahan perisa utama dalam aiskrim dan isi pencuci mulut seperti baklava, manisan coklat,[8] dan halva.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.