Sapindales

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sapindales

Sapindales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga.

Fakta Segera Pengelasan saintifik ...
Sapindales
Thumb
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Dumortier

Tutup


Famili

Sistem APG II 2003 memasukkan Sapindales dalam klad eurosid II (dalam rosid, dalam eudikot). Dalam sistem ini, Sapindales merangkumi famili-famili yang berikut:

  • Anacardiaceae
  • Biebersteiniaceae
  • Burseraceae
  • Kirkiaceae
  • Meliaceae
  • Nitrariaceae (+ Peganaceae dan Tetradiclidaceae)
  • Rutaceae
  • Sapindaceae
  • Simaroubaceae

("+ ..." = segregat tidak wajib untuk famili sebelumnya)


Sistem Cronquist 1981 menggunakan pembatasan yang agak berbeza, dan merangkumi famili-famili yang berikut:

  • Staphyleaceae
  • Melianthaceae
  • Bretschneideraceae
  • Akaniaceae
  • Sapindaceae
  • Hippocastanaceae
  • Aceraceae
  • Burseraceae
  • Anacardiaceae
  • Julianiaceae
  • Simaroubaceae
  • Cneoraceae
  • Meliaceae
  • Rutaceae
  • Zygophyllaceae

Perbezaan dengan sistem APG II tidaklah sebesar seperti yang dilihat kerana tumbuhan-tumbuhan dalam famili Aceraceae dan Hippocastanaceae masih dikekalkan dalam susunan sistem APG II ini. Kedua-dua sistem merangkumi famili Sapindaceae.

Spesies yang kini dimasukkan dalam famili Nitrariaceae oleh sistem Cronquist juga merupakan sebahagian susunan ini (sebagai sebahagian famili Zygophyllaceae), sedangkan spesies-spesies yang kini berada dalam famili Kirkiaceae juga dimasukkan (sebagai sebahagian famili Simaroubaceae).

Ahli-ahli Sapindales yang terkenal termasuk:

  • pokok Sitrus;
  • Mapel dan Aesculus
  • Mangga dan gajus
  • pokok kemenyan dan pokok mira
  • pokok mahogani.
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.