From Wikipedia, the free encyclopedia
|
Soalan lazim · Portal · Kedai Kopi · Kedutaan/Embassy | Rujuk fakta · Tanya soalan · Indeks A–Z |
|
|
Biografi | Falsafah | Geografi | Sejarah | Matematik | Komuniti | Sains | Sastera | Teknologi | Undang-undang |
Rencana pilihanPerang Ahzab (Bahasa Arab: غزوة الاحزاب , translit.: Ghazwah al-Ahzab) juga dikenali sebagai Perang Khandaq (Arab: غزوة الخندق, Ghazwah al-Khandaq), ialah peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku Arab dan Yahudi yang bergabung, yang bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang diiringi 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, sementara pihak Madinah terdiri daripada 3,000 orang. Pihak yang mempertahankan Madinah, yang kebanyakannya Muslim di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW, menggali parit yang bersama-sama dengan kubu alami membuat pasukan berkuda Gabungan tidak berkesan, sekali gus menimbulkan kebuntuan buat kedua-dua pihak. Pihak Gabungan merancang untuk membuat beberapa serangan secara serentak dan berjaya meyakinkan sekutu mereka, Bani Quraizah, untuk menyerang kota Madinah dari arah selatan. Walau bagaimanapun, diplomasi Nabi Muhammad berjaya merosakkan rundingan antara Gabungan dan Quraizah, dan sekali gus mematahkan pakatan yang menentang baginda. Susunan pertahanan yang teratur, kejatuhan semangat pihak Gabungan dan keadaan cuaca yang buruk akhirnya menyebabkan kepungan berakhir dalam keadaan kelam kabut. Pengepungan ini merupakan sebuah "pertarungan kepintaran" yang menyaksikan musuh dikalahkan oleh pihak Muslim secara taktikal sambil menanggung kerugian yang kecil. Usaha-usaha untuk mengalahkan Muslim gagal, dan Islam tambah berpengaruh di rantau itu. Susulan daripada itu, tentera Muslim mengepung perkampungan Quraizah, satu tindakan yang membawa kepada penyerahan diri tanpa syarat bani tersebut. |
Berita terkini
Peristiwa hari ini20 Oktober: Hari Kelahiran Báb (Kepercayaan Bahá'í)
Tahukah anda?
|
Mengenai Bahasa Melayu / About the Malay language
Ingin tahu tentang bahasa Melayu? Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Krismas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Sejak kebelakangan ini kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اياله سبواه بهاس اءوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي کاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيک لاءين يڠ دتوتورکن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتورکن دسلوروه کڤولاوان ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ دايندونيسيا٬ مليسيا٬ بروني٬ سيڠاڤورا٬ سلاتن تايلند٬ سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠݢ ڤولاو کريسمس دأءوستراليا. بهاس ملايو جوݢ ڤرنه منجادي بهاس ليڠݢوا فرڠکا ڤد کمونچق کسلطانن ملايو ملاک ڤد ابد ک-15 دان ک-16. سجق کبلاکڠن اين کڤنتيڠن بهاس ملايو سماکين دسدري اوليه مشارکت ددنيا.
Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.
Wikipedia dalam bahasa lain |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.