20 Februari - Amerika Selatan: Pertempuran Ituzaingo atau Passo do Rosário - Seangkatan tentera Empayar Brazil bertempur dengan askar-askar Argentina-Uruguay.
28 Februari - Perkhidmatan Kereta Api Baltimore & Ohio diperbadankan dan menjadi perkhidmatan kereta apiAmerika Syarikat yang pertama untuk menawarkan pengangkutan komersil bagi kedua-dua penumpang dan angkutan.
4 Mac - Persatuan Sigma Fi ditubuhkan di kampus Kolej Union di Schenectady, New York.
7 Mac - Tentera marin Brazil belayar ke hulu Sungai Rio Negro (Argentina) dan menyerang pangkalan sementara tentera laut di Carmen de Patagones, Argentina. Mereka ditewaskan oleh penduduk-penduduk tempatan.
7 Mac - Pemelarian Shrigley: Ellen Turner, seorang waris perempuan yang kaya di Cheshire, England di dilarikan oleh Edward Gibbon Wakefield, bakal ahli politik di New Zealandkolonial.
16 Mac - Jurnal Freedom, akhbar pertama yang dimiliki dan diterbitkan oleh seorang Amerika-Afrika di Amerika Syarikat diasaskan di Bandaraya New York oleh John Russwurm.
April - Jun
April - Algeria Turki Uthmaniyyah: Husain Dei melempang Decalina, konsulPerancis, yang akhirnya mengakibatkan perang dan pemerintahan Perancis di Algeria.
7-8 April - Pertempuran Monte Santiago: Pertempuran tentera laut antara skuadron Tentera Laut Empayar Brazil dengan armada Argentina. Kemenangan Brazil yang utama.
21 Mei - Parti Demokratik Maryland diasaskan oleh para penyokong Andrew Jackson di Baltimore, dengan mesyuarat pertamanya diadakan di Atheneum Baltimore.
1 Oktober - Perang Rusia-Parsi, 1826-1828: Angkatan tentera Rusia di bawah Ivan Paskevich menggempur Yerevan, dan mengakhiri satu milenium penguasaan Muslim di Armenia Timur.
Laos: Raja Anouvong dari Vientiane mengisytiharkan perang ke atas Siam dan berjaya menyerang Nakhon Ratchasima. Tentera Siam kemudian menyerang Vientiane dan hampir memusnahkan seluruh kota.