From Wikipedia, the free encyclopedia
Taufan Yagi, yang dikenali di Filipina sebagai Ribut Tropika Enteng, ialah taufan tropika kuat yang menjejas kepada negara China, Vietnam dan Filipina pada awal September 2024. Sempena nama Yagi, yang bermaksud kambing atau buruj Capricornus dalam bahasa Jepun, ialah ribut yang kesebelas bernama, taufan ganas pertama dalam musim taufan tahunan. Ia adalah salah satu taufan paling kuat pernah menjejaskan wilayah-wilayah utara Vietnam, provinsi Hainan dan Hong Kong semasa musim luruh. Ribut ini ialah yang terkuat sejak Taufan Rammasun pada 2014.
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 5 super (SSHWS) | |
Terbentuk | 31 Ogos 2024 |
Reda | 8 September 2024 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 195 km/j (120 bpj) 1 minit berterusan: 260 km/j (160 bpj) |
Tekanan terendah | 916 hPa (mbar); 27.05 inHg |
Kematian | 784+ |
Kerosakan | $14 bilion (2024 USD) |
Kawasan terjejas | |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2024 |
Yagi berasal dari kawasan tekanan rendah yang mulai berkumpul pada 30 Ogos, kira-kira 540 km (330 bt) dari arah barat laut Palau. Pada 1 September, awan cepat yang bergerak ditakrifkan sebagai ribut tropika kelas 5 dan dinamakan Yagi oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Negara | Maut | Cedera | Hilang | Yuran kerosakan (USD) |
---|---|---|---|---|
Philippines | 20 | 22+ | 26+ | ≥$60.08 juta |
Hong Kong | 0 | 9 | 0 | Tidak diketahui |
Macau | 0 | 2 | 0 | Tidak diketahui |
China | 4 | 95+ | Tidak diketahui | ≥$12.3 bilion |
Vietnam | 285 | 1930+ | 67+ | ≥$1.63 bilion |
Laos | 1 | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Thailand | 42 | 111 | Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Myanmar | 437 | "ratusan" | 200+ | Tidak diketahui |
Jumlah | 789 | 2,165 | 293 | ≥$14 bilion |
Sebab musim hujan deras yang melakur dengan ribut Yagi, diberitakan sehingga kini ada 20 penduduk maut, 22 cedera dan 26 lainnya masih hilang. Ia menyebabkan banjir besar Metro Manila dan di beberapa provinsi lain seperti Bulacan, Camarines Norte, Camarines Sur, Cavite, Laguna, Northern Samar, Pangasinan dan Rizal.[1][2] Di Pelabuhan Manila, beberapa kapal laut terpaksa harus berlabuh ke Navotas untuk sementara. Dua kapal yang tidak sempat berlabuh, menghantam satu dengan yang lainnya. Menyebabkan salah satu kapal terbakar dan karam.[3] Di Rosario, Cavite berlaku hal yang mirip di Manila dengan salah satu kapal laut.[4] Presiden Bongbong Marcos mengisytiharkan kecemasan negara dan melakukan peninjauan udara di La Mesa Dam, Marikina, dan Antipolo,[5] beliau berjanji akan memberi ₱16 million (US$308,905.46) sebagai sokongan untuk kemanusiaan.[6]
Di Metro Manila, Calabarzon, dan Bulacan, 28,000 penduduk harus hidup tanpa daya elektrik.[7][8][9]
Di Hong Kong, Yagi telah mencederai sembilan penduduk[10] dan membuat 270 orang harus mencari tempat tinggal baharu.[11] Sebanyak 79 pokok kayu tumbang.[12][13]
Empat mangsa terbunuh dan 95 lainnya mendapat cedera selepas ribut Yagi menghantam Hainan.[14] Pemadaman eletrik secara mengejut telah menjejaskan 830,000 rumah keluarga.[15][16] Setakat 7 September, 1.2 juta penduduk masih belum boleh mengguna pakai keperluan elektrik.[17] Tingkat derasnya hujan harian di Hainan telah melebihi 200 mm (7.9 in), dengan Haikou direkodkan sampai 525 mm (20.7 in).[17] Pentadbir China menjangkakan bahawa yuran kerosakan di Hainan telah mencapai ¥59 billion (US$8.54 billion), jika dihitung kerosakan pada kemudahan sekitar ¥728 million (US$105.38 million), jumlah keseluruhan untuk membayarkan yuran itu ialah ¥59.73 billion (US$8.65 billion).[18]
Pada 7 September, Yagi menjejaskan 299 orang cedera, 24 orang maut[19] dan 13 orang lainnya menghilang.[20] Keluarga dengan empat ahlinya maut dalam bencana tanah gelongsor di Provinsi Hòa Bình.[21] Sebanyak hampir 3,300 rumah mendapat kerosakan di sepanjang negara, banjir kilat menyapu 120,000 he (300,000 ekar) ladang dan sawah sederum 1.000 tempat pembiakbakaan ikan.[22][23] Di Hanoi, tiga orang maut,[24] banyak rumah disapu oleh hantaman banjir dan 14,272 pokok tumbang.[25][26] Pemadaman eletrik turut berlaku di Quang Ninh and Thai Binh, provinsi yang berada di bahagian selatan.[27] Beberapa tempat di Haiphong terendam oleh air sampai sedalam 0.5 meter (1 ka 8 in),[21] satu orang dijangka maut kerana one tenggelam di Haiphong.[24] Di Quang Ninh, banjir kilat membuat empat orang maut dan 30 kapal rosak berat atau karam.[24][22]
Sebelum angin ribut datang, hujan yang sangat deras telah membuat satu orang maut, dua cedera dan sebuah pokok gergasi tua di Ho Chi Minh City tumbang pada 4 September.[28] Penutup-penutup atap di provinsi Bình Dương melayang dan beberapa tiang elektrik tumbang 5 September.[29] Semasa ribut semakin dekat pada 6 September, angin menumbangkan pokok, penutup atap dan tiang elektrik di hampir semua daerah di Vietnam. Dalam sehari dijangka 1 maut dan 6 cedera.[30]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.