From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Amazigh (bahasa-bahasa Amazigh: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ atau ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen, Arab: أَمَازِيغ, rumi: Amāzīgh ) atau orang Barbar (Arab: بَرْبَر, rumi: Barbar , Perancis: Berbères , Inggeris: Berber) ialah suatu kelompok etnik yang menghuni rantau Afrika Utara sebelah barat Lembah Nil; mereka bertaburan dari pesisiran Atlantik Maghribi ke Algeria, Tunisia, Libya, Mauritania, utara Mali dan Nijar ke Wadi Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger. Mereka juga penduduk asal Kepulauan Kenari yang kini dalam milik Sepanyol sejak akhir abad ke-15.[34]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Jul 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Jul 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
antara 25[1][2] hingga 36 juta[3] atau 38 juta[4] atau 50 juta[5] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Maghribi | dari ≈ 13 juta[2] ke ≈ 20 juta[6][7][8][9] atau 27,078,593[10] |
Algeria | dari 9[2] ke ≈ 13 juta[8][11] atau 32,320,000[12] |
Perancis | lebih daripada 2 juta[13] |
Niger | 1,620,000[14] |
Mali | 850,000[15] |
Libya | >3,850,000[16] |
Mauritania | 114,000[17] |
Tunisia | 110,000[18] atau >6,589,652[19] |
Burkina Faso | 50,000[20] |
Mesir | 34,000[21] atau 1,826,580[22] |
Kanada | 25,885[23] |
Israel | 3,500[24] |
Bahasa | |
bahasa Barbar (Tamazight); ditulis dengan huruf Tifinagh | |
Agama | |
Majoriti Islam (Sunni, Ibadi) Minoriti tiada agama, Kristian[25][26] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
orang Afro-Asia lain seperti Arab[27][28][29][30][31][32][33] |
Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa serumpun yang secabang dari keluarga bahasa-bahasa Afro-Asia keseluruhannya berjumlah setinggi 38 juta orang.[35]
Kata sifat ⴰⵎⴰⵣⵉⵖ Amazigh (bentuk jamak: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ Imazighen) bererti "orang merdeka"[36][37][38] digunakan sesama anggota kelompok etnik ini terutamanya di Maghribi.[39] Duluannya Μάζυες Mazyes pernah dirakam dalam kitab ilmu alam Ethnika dikarang Stephanos, seorang sejarawan zaman kerajaan Byzantium merujuk kepada sekelompok puak berpindarandah terangkum dalam kawasan Libya moden.[40]
Nama "Barbar" serapan Yunani: βάρβαρος barbaros yang bermaksud "orang gasar", ia sebelum ini gelaran para penduduk Empayar Rom yang tidak faham bahasa tuturan bangsa Germania yang turut dianggap musuh utama mereka selain bangsa-bangsa Kelt, Iberia, Gallia, Goth dan Thrakia yang berjiranan mengelilingi tanah tersebut. Ibnu Khaldun pula berpendapat dalam Kitāb al-ʻIbar bahawa kata serapan Yunani ini diberikan hasil pengamatan masyarakat setempat Afriqisy bin Qays, seorang penakluk dari Saba' di rantau Yaman setelah menakluk Ifrikiyah:[41]
...لما رأى هذا الجيل من الأعاجم وسمع رطانتهم ووعى اختلافها وتنوّعها تعجب من ذلك، وقال :ما أكثر بربرتكم فسموا بالبربر...
("Dia memerhati orang-orang Ajam ini dan mendengarkan bualan mereka mengamati kepelbagaian dan keanekaannya yang menakjubkan. Dia berkata: berapa banyak daripada kalian yang "membarabar",[lower-alpha 1] maka mereka pun dinamakan "Barbar"...")
Banyak orang sebangsa sekarang menganggap nama Berber sebagai panggilan yang menghina.[42][43][44]
Kawasan Maghrib di barat laut benua Afrika dipercayai telah didiami oleh kaum Amazigh sekurang-kurangnya sejak 23,000 SM.[45][46][47][48][49] Lukisan-lukisan gua bertarikh 12 alaf sebelum masa sekarang, telah ditemui di wilayah Tassili n'Ajjer di selatan Algeria. Seni batu lain dapat ditemui di Tadrart Acacus di padang pasir Libya.
Sebuah masyarakat neolitik dengan bukti kegiatan belajinak haiwan dan pertanian sara hidup, dibangunkan di wilayah Maghrib antara tahun 6000 dan 2000 SM. Jenis kehidupan ini, yang banyak digambarkan dalam lukisan gua di Tassili n'Ajjer yang terletak di tenggara Algeria, lebih banyak dijumpai di Maghreb sehingga zaman klasik. Skrip pra-sejarah Tifinagh juga ditemui di wilayah Oran.[50]
Terbitnya tiga kerajaan utama sepanjang pesisiran Laut Rum rantau Numidia yakni:[51][52][53][54][55]
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Amazigh membentuk komuniti di Mauritania[57] berdekatan dengan ibu kota Timbuktu di Mali.[58] Berdasarkan anggaran pada tahun 2004, terdapat kira-kira 2.2 juta imigran Amazigh di Eropah, terutamanya puak Rifiyah di Belgium, Belanda dan Perancis berketurunan Qabailah dan Syawiah dari Algeria.[59]
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
.Tariq ibn Ziyad (meninggal 720), dikenali dalam sejarah dan lagenda Sepanyol sebagai Taric el Tuerto (Taric si Satu Mata), adalah seorang Muslim Amazigh dan jeneral Umayyah yang mengetuai penaklukkan Hispania Visigoth pada tahun 711. Beliau dianggap salah seorang komander tentera penting dalam sejarah Sepanyol. Asalnya, beliau merupakan timbalan Musa ibn Nusair di Afrika Utara, dan dihantar oleh ketua beliau untuk melancarkan serangan pertama di semenanjung Iberia. Beberapa pihak mendakwa beliau dijemput untuk campur tangan oleh pewaris kepada Raja Visigoth, Wittiza, dalam perang saudara Visigoth.
Pada 29 April 711, pasukan tentera Tariq mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal daripada nama Jabal Tariq yang bermaksud "Gunung Tariq" atau Jibr Al-Tariq bermakna "batu Tariq"). Setelah mendarat, Tariq dikatakan telah membakar kapal-kapal beliau dan membuat satu ucapan, yang mana sangat diingati di dunia Islam kepada tentera beliau:
Wahai orang-orangku! Tiada tempat untuk melarikan diri! Laut di belakang kamu, dan musuh di depan kamu: Tiada apa-apa untuk kamu, oleh Allah, kecuali ikhlas dan sabar.
— seperti dikisahkan oleh al-Maqqari
Ziri ibn Manad (meninggal 971), pengasas dinasti Zirid di Maghreb. Ziri ibn Manad adalah pemimpin puak Sanhaja yang mana merupakan sekutu kepada Fatimiyyah, menghapuskan pemberontakkan Abu Yazid (943-947). Beliau dianugerahkan jawatan gabenor di wilayah barat, sebuah kawasan yang kini merangkumi kawasan utara Sahara di Algeria.
Yusuf ibn Tashfin (sekitar 1061–1106) adalah seorang pemerintah Amazigh dari dinasti Almoravid di Afrika Utara dan Al-Andalus (Moors Iberia). Beliau memakai gelaran amir al-muslimin (komander orang Muslim) selepas melawat Khalifah di Baghdad 'amir al-moumineen" ("komander orang yang benar") dan secara rasminya menerima sokongan dari beliau. Beliau sama ada merupakan sepupu atau anak saudara kepada Abu-Bakr Ibn-Umar, pengasas dinasti Almoravid. Beliau menyatukan seluruh negeri Muslim di Semenanjung Iberia (kini Portugal dan Sepanyol) ke dalam pemerintahan di Maghreb (sekitar 1090), selepas diminta ke Al-Andalus oleh Emir dari Seville.
Alfonso VI telah dikalahkan pada 23 Oktober 1086, di dalam Pertempuran Sagrajas, ditangan Yusuf ibn Tashfin, dan Abbad III al-Mu'tamid. Yusuf bin Tashfin adalah pengasas kota Maghribi yang terkenal iaitu Marrakech (dalam bahasa Amazigh Murakush, atau Morocco dalam bahasa Inggeris). Beliau telah memilih sendiri tempat di mana kota ini dibina pada tahun 1070 dan kemudian dijadikan ibu kota empayar. Sebelum itu, Almoravid berpindah randah di padang pasir, tetapi dengan ibu kota baru ini menandakan mereka mula mengubah kepada cara hidup bandar.
Ibn Tumart (sekitar 1080 - sekitar 1130), adalah seorang guru agama Amazigh dan pemimpin dari puak Masmuda yang mana telah mengasaskan dinasti Almohad. Beliau juga dikenali sebagai El-Mahdi (المهدي). Pada tahun 1125, beliau memulakan pemberontakkan terbuka menentang pemerintahan Almoravid. Nama "Ibn Tumart" berasal daripada bahasa Amazigh yang bermaksud "anak lelaki Bumi."[60]
Abu Ya'qub Yusuf (meninggal 29 Julai 1184) merupakan khalifah kedua dinasti Almohad. Beliau memerintah bermula pada tahun 1163 sehingga 1184. Beliau membina Giralda di Seville.
Abu Yaqub al-Mustansir Yusuf II adalah Khalifah Maghreb bermula pada tahun 1213 sehingga kematian beliau. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya, Muhammad an-Nasir, Yusuf menaiki takhta selepas kematian bapa beliau, pada umur 16 tahun.
Ibn Battuta (lahir 1304; tahun meninggal tidak pasti, kemungkinan pada 1368 atau 1377) adalah seorang Amazigh[61] Beliau merupakan sarjana Sunni Islam dan jurisprudent daripada mazhab Maliki, dan pernah menjadi Qadi (hakim). Walau bagaimanapun, beliau terkenal sebagai seorang pengembara dan penjelajah, yang mana telah mendokumenkan kisah perjalanan beliau selama hampir 30 tahun, merangkumi hampir 117,000 kilometer (73,000 bt). Perjalanan ini merangkumi hampir seluruh dunia Islam, daripada Afrika Barat ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, satu jarak yang melebihi sarjana sebelumnya iaitu Marco Polo.
Muhammad al-Jazuli - Beliau berasal daripada puuak Jazulah yang mana tinggal di kawasan Sous, Maghreb yang terletak di antara Lautan Atlantik dengan Pergunungan Atlas. Beliau terkenal kerana telah menyusun Dala'il al-Khayrat, sebuah kitab sembahyang Islam yang popular.
Muhammad Awzal adalah seorang penyajak Amazigh yang warak. Beliau dianggap sebagai penulis paling penting dalam tradisi kesusasteraan Shilha. Beliau lahir sekitar tahun 1670 di sebuah kampung al-Qasaba dalam daerah Sous, Maghreb dan meninggal dunia pada tahun 1748/9 (1162 di Egira).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.