Ajam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ajam merupakan perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Parsi dan Arab, tetapi dengan makna berbeza.
- Dalam bahasa Arab, Ajam (عجم) memiliki erti utama: "selain-Arab". Secara harafiah ia bererti "orang yang buta huruf mengenai bahasa", "senyap", atau "bisu", dan merujuk pada bukan-Arab secara umum. Dalam erti kata sebelumnya ia memiliki makna neutral yang bererti "asing" atau "orang luar".
- Dalam bahasa Parsi, Ajam digunakan bagi merujuk bahasa Parsi, sebagai sinonim, dan turut merujuk pada Iran dan semuanya mengenai Iran.[1]

Remove ads
Etimologi
Asal
Ajam memiliki makna utama dalam bahasa Arab: "bukan-Arab".[2]
- menurut tradisi etimologi perkataan `ajam asal dari akar Semitik `-j-m. Bentuk berkait bagi akar yang sama termasuk, tetapi tidak terhad pada:[3]
- `ajama / 'a'jama / `ajjama: bertanda - terutamanya, menambah titik yang membezakan antara huruf Arabpada teks (dan dengan itu menjadikannya lebih mudah bagi penutur bahasa Arab bukan tempatan untuk membaca). Kini istilah lapuk, kerana kesemua teks Arab bertitik. Ini juga boleh dikait dengan `ajaam / `ajam: biji/benih (contoh. tamar atau anggur).

- in'ajama: (pertuturan) tidak dapat difahami
- ista'jama: senyap; tidak mampu bertutur
- 'a'jam: tidak fasih
- musta'jim: bisu, tidak mampu bertutur
Perkataan Homophonous, yang mungkin atau tidak dihasilkan dari akar yang sama, termasuk:
- `ajama: bagi menguji (seseorang); cuba (makanan).
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
