30 Mei merupakan hari ke-150 (hari ke-151 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 215 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago .
Ratu Jane
Replika Dewi Demokrasi
1431 - Perang Seratus Tahun : Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen , Perancis.
1434 - Angkatan tentera Taborite yang diketuai Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany , menamatkan Peperangan Hus di Bohemia .
1536 - Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour (gambar) , dang perwara kedua-dua permaisurinya yang pertama.
1911 - Perlumbaan kereta roda terbuka Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway , Speedway , Indiana , A.S.
1967 - Jeneral C. Odumegwu Ojukwu mengumumkan penubuhan Biafra , sebuah negeri pemisah di bahagian tenggara Nigeria, mencetuskan Perang Saudara Nigeria seminggu kemudian.
1989 - Dewi Demokrasi (gambar replika) , sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché , dinaikkan oleh pembantah pelajar di Dataran Tiananmen , Beijing.
2007 - Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam " daripada kad pengenalannya .
2010 - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah , mengorbankan lebih 180 orang.
2011 - Salah satu wabak terbesar E. coli pernah direkodkan melanda Jerman dan beberapa negara Eropah lain.
2012 - IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.