From Wikipedia, the free encyclopedia
Mata mata, Mata-mata, atau matamata (Chelus fimbriata)[1][7] ialah kura-kura air tawar yang ditemui dan berasal dari Amerika Selatan, tertutamanya Lembangan Amazon dan Lembanagn Orinoco. Ia adalah satu-satunya spesies dari genus Chelus.
Mata mata Julat zaman: | |
---|---|
Akuarium Shanghai | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Chelinae |
Genus: | Chelus Duméril, 1806[2] |
Spesies: | C. fimbriata |
Nama binomial | |
Chelus fimbriata (Schneider, 1783)[3] | |
Taburan habitat Mata mata | |
Sinonim[1][4] | |
Genus Synonymy Species Synonymy
|
Mata mata pertama kali direkodkan oleh pakar alamiah (naturalis), Pierre Barrère pada tahun 1741 sebagai "kura-kura besar dengan sisik tajam dan bergerigi" (terjemahan).[8] Pada mulanya, ia dikelaskan sebagai Testudo fimbriata oleh pakar alamiah German, Johann Gottlob Schneider pada 1783. Kemudian dinamakan 14 kali dengan nama yang berbeza sepanjang dua abad, dan akhirnya dinamakan Chelus fimbriata pada tahun 1992.[1][8][9][10]
Mata mata mempunyai kepala yang besar, rata, bersegi tiga, dan kulit bertuberkel. Ia juga memiliki hidung panjang berbentuk seakan-akan "tanduk".[8] Tiga sesungut (barbel) berada pada dagunya dengan empat lagi sesungut tambahan di bahagian rahang atas.[11]
Mata mata berwarna coklat atau hitam, karapas (tempurung) bersegi empat bujur dengan panjang sehingga 45cm.[12] Mata mata dewasa boleh mencapai berat sehingga 15kg.[12] Plastronnya kecil, pendek dan disambungkan dengan karapas oleh penyambung sempit.[11] Plastron dan penyambungnya berwarna krim kekuningan atau coklat.[11]
Kepala, leher, ekor, dan kakinya berwarna kelabu-coklat apabila dewasa.[11] Lehernya lebih panjang daripada saiz tulang belakangnya dengan kulit nipis menutupi kedua-dua bahagian.[11]
Setiap kaki mempunyai selaput renang dengan lima kuku pada bahagian hadapan. Mata-mata jantan mempunyai plastron yang melengkung ke dalam, bersaiz lebih panjang dan berekor tebal berbanding betina.[11]
Mata mata mendiami kawasan berair seperti sungai yang berarus perlahan, parit, tasik, paya, kolam dan rawa iaitu dari utara Bolivia, timur Peru, Ecuador, timur Colombia, Venezuela, Guianas, dan Brazil. Mata mata ialah spesies haiwan akuatik tetapi hanya menetap di kawasan air cetek bagi memudahkan hidungnya yang panjang melepasi permukaan air untuk bernafas.[13]
Cangkerang Mata-mata kelihatan seperti cebisan kulit kayu, manakala kepalanya berbentuk seperti daun gugur.[14] Di dalam air, ia langsung tidak bergerak, menjadikan ia kelihatan seperti daun-daun kayu, sambil menanti mangsa datang.[14] Mata mata akan melunjurkan kepala dan membuka mulutnya dengan luas, mencipta ruang vakum bertekanan rendah yang kemudiannya menyedut masuk mangsa ke dalam mulutnya dengan pantas.[14] Ia kemudian menutup mulutnya, dan air perlahan-lahan dihembus keluar, mangsa ditelan seluruhnya; kerana Mata mata tidak boleh mengunyah disebabkan struktur mulutnya yang berbeza.[14]
Mata-mata jantan menjulurkan kaki dan kepalanya ke arah betina dengan mulut ternganga, dan menggerakkan kelepak sisinya di kepala. Sarang telur mula dibina dari bulan Oktober hingga Disember. Sebanyak 12 ke 28 biji telur bersaiz 35mm dihasilkan sekali bertelur.
Mata mata bersifat maging, makanannya merangkumi haiwan akuatik seperti invertebrata dan ikan.[8][14]
Di Malaysia, Mata mata semakin popular dan dijual di kedai-kedai haiwan eksotik pada harga yang agak mahal. Disebabkan bentuk dan ciri-cirinya yang unik berbanding kura-kura lain, mereka sering dijadikan haiwan belaan dan ditayangkan di kebanyakan akuarium. Saiz Mata mata dewasa juga agak besar. Bagaimanapun, Mata mata bukanlah haiwan pemburu, seperti Kura-kura Snapper. Malah, mereka boleh tinggal di dalam ruang yang agak kecil.
Seperti haiwan akuatik lain, kualiti air amat penting dalam penjagaan haiwan ini. Keadaan air yang hangat, berasid dengan kadar tanin yang tinggi perlulah dikekalkan setiap tahun. Airnya juga sentiasalah ditapis.[15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.