kota di provinsi Jawa Barat, Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Bandung
Bandaraya Bandung Parijs van Java | |
---|---|
Majlis Bandaraya | |
Transkripsi Other | |
• Sundanese | ᮘᮔ᮪ᮓᮥᮀ |
Nama panggilan: Kota Kembang (City of Flowers) Parijs van Java (Paris of Java) | |
Cogan kata: Gemah Ripah Wibawa Mukti (Sundanese) (Serene, Prosperous, Affluent, Delightful) Bersih Makmur Taat Bersahabat (Indonesian) (Clean, Prosperous, Devout, Friendly) | |
Lokasi bandaraya Bandung di Negeri Jawa Barat | |
Negara | Indonesia |
Negeri | Jawa Barat |
Dibuka | 1488 |
Ditubuhkan | September 25, 1810 (sebagai Gemeente Bandoeng) |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Bandaraya Bandung |
• Datuk Bandar | Yana Mulyana (Gerindra) |
• Timbalan Datuk Bandar | kosong |
Keluasan | |
• Total | 167.67 km2 (64.74 batu persegi) |
• Metro | 1,876.8 km2 (724.6 batu persegi) |
Aras | 768 m (2,520 ft) |
Penduduk (2014) | |
• Total | 2,575,478 (3rd) |
• Metro | 8,495,928 (2nd) |
Demonim | Bandungite Warga Bandung (id) Urang Bandung (su) |
Demographics | |
• Ethnic groups | Sundanese Javanese Chinese Arab |
• Religion[1] | Islam 91.70% Protestantism 5.36% Catholicism 1.95% Buddhism 0.49% Hinduism 0.09% Confucianism 0.03% Others 0.02% |
Zon waktu | UTC+7 (Indonesia Western Time) |
Postcodes | 401xx, 402xx, 406xx |
Area code | (+62) 22 |
Registration plate | D |
HDI | ▲ 0.801 (Very High) |
Largest district by area | Gedebage – 9.58 kilometer persegi (3.70 bt2) |
Largest district by population | Babakan Ciparay (147,388 – 2015 est) |
Laman sesawang | Official Portal |
Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.
Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan terhadap masalah banjir.
|
|
Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya yang bergaya Belanda:
Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:
Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dsb.
Di dalam bandar raya, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkot berbanding dengan teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang.
Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sastranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur di Malaysia.
Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang melayani laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap harinya untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.
Jambatan Pasupati menghubungkan bahagian utara dan timur Bandung melewati lembah Cikapundung. Panjangnya 2.8 kilometer dan lebarnya 30-60 meter. Pada 25 Jun 2005, jambatan ini rasmi dibuka. Jambatan ini akan menjadi mercu tanda Kota Bandung yang baru.
Jalan tol Padaleunyi menghubungkan Padalarang, Cimahi, sebelah selatan Bandung dan Cileunyi. Jalan tol yang menghubungkan Padalarang dan Purwakarta (Cipularang) sudah dibangun, dan memendekkan perjalanan antara Bandung dengan Jakarta. Dengan adanya jalan raya ini, waktu yang diambil untuk perjalanan antara Jakarta - Bandung hanya 2.5 jam.
Pembinaan jalan tol Cileunyi-Sumedang juga sedang dipertimbangkan.
Akhbar yang diterbitkan di Kota Bandung termasuk Pikiran Rakyat, Mizan, Tribun Jabar, dan Radar Priangan, antara lain, manakala stesen televisyen tempatan termasuk Bandung TV, CT Channel, PJTV dan MQ TV.
Bandung banyak melahirkan penyanyi dan kumpulan muzik yang besar di Indonesia. Sebilangan kumpulan muzik utama yang dibentuk di Bandung termasuk Peterpan, The Titans, SM*SH, Mocca, Coklat, GIGI, ST12, dan lain-lain. Penyanyi kelahiran Bandung antara lain termasuk Ruth Sahanaya, Inka Christie, Melly Goeslaw, Trie Utami Doel Sumbang, dan lain-lain.
Banyak universiti Indonesia yang utama terletak di Bandung. Institut Teknologi Bandung (ITB) didirikan oleh kerajaan jajahan Belanda pada masa peralihan abad ke-20, dan terkenal sebagai alma mater Sukarno, presiden pertama Indonesia.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.