From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Gaza, atau dikenali sebagai Operasi Pemimpin Utama (Ibrani: מִבְצָע עוֹפֶרֶת יְצוּקָה ),[34] juga dikenali di dunia Islam sebagai Pembantaian Gaza (مجزرة غزة),[35][36][37] dan dirujuk sebagai Perang Al-Furqan (Arab: معركة الفرقان, rumi: Perang pemisahan ) oleh Hamas,[38][39] ialah konflik bersenjata tiga minggu antara kumpulan pembebasan Palestin di Genting Gaza dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang bermula pada 27 Disember 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2009 dengan gencatan senjata. Konflik ini menyebabkan kematian antara 1,166 dan 1,417 orang Palestin; dan 13 orang Israel.[40]
Perang Gaza | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Israel-Gaza, Konflik Israel-Palestin | |||||||
Peta Gaza | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ehud Olmert Agensi Keselamatan Dalam Negara |
Khaled Mashal[5] Ramadan Shallah | ||||||
Kekuatan | |||||||
IDF: 4,000[7]–20,000[8] deployed in ground invasion and tens of thousands of reservists mobilized[9] (176,000 total active personnel)[10]
|
Hamas (Briged Al-Qassam dan polis): 20,000 (anggaran jumlah)[14][15]
| ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Jumlah terbunuh: 13 Tentera: 336[24] Orang awam: 182[24] |
Jumlah terbunuh: 1,166–1,417[fn 1] Pejuang dan pegawai polis: | ||||||
Seorang pegawai pengawal sempadan Mesir terbunuh dan tiga cedera, dan dua kanak-kanak cedera.[30][31] | |||||||
*255 (PCHR)[27] or 265 (B'Tselem)[26] police officers were killed. |
Konflik bermula apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada rakyat dan infrastruktur Hamas.[41][42][43][44][45][46][47].
Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.[48][49][50] [51][52]
Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin.[53] Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.[54]
Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Genting Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Yunis dan Rafah di selatan.
Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.