From Wikipedia, the free encyclopedia
Fatah (Arab: فتح, rumi: Fatḥ, lit. 'Pembukaan' ), sebelum ini Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Arab: حركة التحرير الوطني الفلسطيني, rumi: Ḥarakat al-Taḥrīr al-Waṭanī l-Filasṭīnī ),[11] ialah sebuah parti politik kebangsaan dan demokratik sosial di Palestin. Ia merupakan kumpulan terbesar dalam badan kesekutuan pelbagai parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kedua terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC). Pengerusi parti ini ialah Presiden semasa Negara Palestin, Mahmud Abbas.
Fatah فتح | |
---|---|
Pengerusi | Mahmud Abbas |
Setiausaha agung | Jibril Rajoub |
Naib Pengerusi | Mahmud Alul |
Pengasas | Yasser Arafat Khaled Yashruti Salah Khalaf Khalil al-Wazir |
Diasaskan | 1959 (sebagai gerakan politik) 1965 (sebagai parti politik)[1] |
Ibu pejabat | Ramallah, Tebing Barat |
Sayap belia | Pemuda Fatah |
Ketenteraan | Briged Syuhada al-Aqsa |
Ideologi | Nasionalisme Palestin[2] Demokrasi sosial[3] Sosialisme Arab[4] Sekularisme[5][6] Penyelesaian dua negara[7] Anti-imperialisme[8] |
Kedudukan politik | Kiri tengah[9] ke kiri[10] |
Penggabungan kebangsaan | Pertubuhan Pembebasan Palestin |
Penggabungan Eropah | Parti Sosialis Eropah (pemerhati) |
Penggabungan antarabangsa | Perikatan Progresif Sosialis Antarabangsa |
Warna | Yellow |
Slogan |
|
Majlis Perundangan Palestin | 45 / 132 |
Laman sesawang | |
fatehmedia.ps | |
Politik Negara Palestin Parti politik Pilihan raya |
Fatah secara umumnya dianggap mempunyai penglibatan yang besar dalam usaha pembebasan Palestin yang lampau dan kekal membiayai sejumlah kumpulan pembebasan.[12][13][14][15] Fatah amat mudah dikenal pasti dengan kepimpinan pengerusi pengasasnya, Yasser Arafat, sehingga kematiannya pada 2004, dan disambung oleh Farouk Kaddoumi sehingga 2009, yang kemudiannya diganti dengan Mahmud Abbas. Sejak kematian Arafat, identiti kekumpulanan dalam kalangan gerakan yang pelbagai semakin jelas terserlah.
Pada pilihan raya umum 2006, parti ini tewas kepada Hamas dan gagal memperoleh majoriti kukuh dalam PLC. Kejayaan Hamas tersebut membawa kepada kemelut antara Fatah-Hamas, di mana Fatah kekal mengawal Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menerusi presidennya. Fatah juga aktif mengawal kem pelarian Palestin.[16][17]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.