Sosialis Antarabangsa
antarabangsa politik From Wikipedia, the free encyclopedia
Sosialis Antarabangsa ialah sebuah pertubuhan antarabangsa parti-parti politik demokrasi sosial and buruh. SA dinamakan sempena Antarabangsa Kedua yang ditubuhkan pada tahun 1889 tetapi bubar pada hari sebelum Perang Dunia I pada tahun 1914. Antara tindakan-tindakan Antarabangsa Kedua yang paling dikenali termasuk perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa pada tahun 1889 dan perisytiharan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1910. Apabila Antarabangsa Kedua dipecahkan oleh pencetusan Perang Dunia I, timbulnya satu bentuk rangka berbentuk Suruhanjaya Sosialis Antarabangsa. International dibentuk semula pada tahun 1923 (sebagai Buruh dan Sosialis Antarabangsa), lalu digabungkan semula menjadi bentuknya hari ini, selepas Perang Dunia II (apabila banyak parti demokratik sosial dan sosialis tertindas di Eropah yang dikuasai Nazi).
Socialist International (en) | |
![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | SA |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa |
Tujuan | "Mengukuhkan hubungan antara parti gabungan dan untuk menyelaraskan sikap dan aktiviti politik mereka"[1] |
Keanggotaan | 153 |
Tapak web | socialistinternational |
Sejarah | |
Pendahulu | Buruh dan Sosialis Antarabangsa |
Dibentuk | 3 Jun 1951 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Giorgos Papandreou, António Guterres, Pedro Sánchez |
Presiden | Pedro Sánchez |
Setiausaha Agung | Luis Ayala |
Organisasi utama | Kongres Antarabangsa Sosialis |
Perangkaan | |
Belanjawan | £1.4 juta (2014)[2] |
Lokasi | |
![]() | |
Negara-negara dengan ahli-ahli Sosialis Antarabangsa | |
Ibu pejabat | Maritime House, Old Town, Clapham |
Lokasi |
|
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada zaman selepas Perang Dunia II, SA membantu parti-parti demokratik sosial bangkit semula apabila pemerintahan diktator memberi laluan kepada demokrasi di Portugal (1974) dan Sepanyol (1975). Sehingga Kongres Geneva 1976, SA kekurangan ahli di luar Eropah dan tiada penglibatan rasmi dengan Amerika Latin[3]. Pada era 1980-an, kebanyakan parti SA menyumbangkan sokongan kepada pihak Sandinista Nicaragua (FSLN) yang kerajaan haluan kirinya baru membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat. Semenjak itu, SA menerima keahlian bukan sahaja FSLN bahkan juga golongan tengah-kiri Parti Kemerdekaan Puerto Rico, serta parti-parti bekas Komunis seperti Demokrat Kiri (Democratici di Sinistra, DS) Itali dan Barisan Pembebasan Mozambique (FRELIMO).
Parti Sosialis Eropah, sebuah parti politik Eropah yang aktif dalam Parlimen Eropah, merupakan sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Sosialis Antarabangsa.
Parti ahli
Kini mentadbir
Angola - Pegerakan Popular untuk Pembebasan Angola
Armenia - Persekutuan Revolusi Armenia
Aruba - Gerakan Pengundi Rakyat
Australia - Parti Buruh Australia
Austria - Parti Demokrat Sosial Austria
Belanda - Parti Buruh
Belgium - Parti Sosialis
Belgium - Parti Sosialis Berbeza
Bulgaria - Demokrat Sosial Bulgaria
Bulgaria - Parti Sosialis Bulgaria
Tanjung Verde - Parti Afrika untuk Kemerdekaan Cabo Verde
Chile - Parti Sosialis Chile
Chile - Parti Radikal Demokrat Sosial
Chile - Parti untuk Demokrasi
Côte d'Ivoire - Barisan Popular D'Ivoire
Estonia - Sotsiaaldemokraatlik Erakond
Jerman - Parti Demokrat Sosial Jerman (bercampuran dengan Kesatuan Demokratik Kristian)
Haiti - Kesatuan Demokrat Sosial Haiti
Hungary - Parti Sosialis Hungary
Iraq - Kesatuan Patriotik Kurdistan
Iceland - Perikatan
Israel - Parti Buruh Israel (bercampuran dengan Kadima)
Itali - Parti Sosialis
Lubnan - Parti Sosialis Progresif
Lithuania - Parti Demokrat Sosial Lithuania
Maghribi - Kesatuan Sosialis Kuasa Rakyat
Malaysia - Parti Tindakan Demokratik
Mali - Parti Afrika untuk Perpaduan dan Keadilan
Mesir - Parti Demokrat Nasional
Mongolia - Parti Revolusi Rakyat Mongolia
Montenegro - Parti Demokrat Sosial Montenegro
Montenegro - Parti Demokrat Sosialis Montenegro
Mozambique - FRELIMO
Mauritius - Parti Buruh Mauritius
Nepal - Kongres Nepal
New Zealand - Parti Buruh New Zealand
Nicaragua - Barisan Pembebasan Kebangsaan Sandinis
Norway - Parti Buruh Norway
Pakistan - Parti Rakyat Pakistan
Panama - Parti Revolusi Demokrat
Peru - Parti Aprista Peru
Portugal - Parti Sosialis
Saint Kitts dan Nevis - Parti Buruh St. Kitts dan Nevis
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine - Parti Buruh Perpaduan
San Marino - Parti Sosialis dan Demokrat
Slovakia - Arah - Demokrasi Sosial
Sepanyol - Parti Buruh Sosialis Sepanyol
Switzerland - Parti Demokrat Sosial Switzerland
Tunisia - Perhimpunan Berperlembagaan Demokrat
United Kingdom - Parti Buruh
- Ireland Utara - Parti Demokrat Sosial dan Buruh (rakan campuran dalam Perhimpunan Ireland Utara)
Uruguay - Parti Sosialis Uruguay
Uruguay - Ruang Baru
Ahli penuh yang kini mentadbir
Albania - Parti Demokrat Sosial
Albania - Parti Sosilais Albania
Amerika Syarikat - Sosialis Demokratik Amerika (tidak menganggap dirinya parti politik)
Andorra - Parti Demokrat Sosial
Argentina - Parti Sosialis
Argentina - Kesatuan Awam Radikal
Barbados - Parti Buruh Barbados
Benin - Parti Demokrat Sosial
Bosnia dan Herzegovina - Parti Demokrat Sosial Bosnia dan Herzegovina
Brazil - Parti Buruh Demokrat
Burkina Faso - Kongres untuk Demokrasi dan Kemajuan
Cameroon - Barisan Demokrat Sosial
Colombia - Parti Liberal Colombia
Croatia - Parti Demokrat Sosial Croatia
Curaçao - Gerakan untuk Antillen Baru
Cyprus - Gerakan Demokrat Sosial
Denmark - Demokrat Sosial
Ecuador - Parti Kiri Demokratik
Finland - Parti Demokrasi Sosial Finland
Guinea - Perhimpunan Rakyat Guinea
Guinea Khatulistiwa - Pertemuan untuk Demokrasi Sosial
Hungary - Parti Demokrat Sosial Hungary
Israel - Meretz-Yachad
Jamaica - Parti Negara Rakyat
Jepun - Parti Demokrat Sosial
Kanada - Parti Demokratik Baru Kanada
Latvia - Parti Buruh Demokrat Sosial Latvia
Luxembourg - Parti Buruh Sosialis Luxembourg
Macedonia Utara - Kesatuan Demokrat Sosial Makedonia
Mali - Perhimpunan untuk Mali
Malaysia - Parti Tindakan Demokratik
Mauritius - Gerakan Militan Mauritius
Mexico - Parti Revolusi Demokrat
Niger - Parti untuk Demokrasi dan Sosialisme Niger
Paraguay - Parti Febrerista Revolusi
Perancis - Parti Sosialis
Poland - Perikatan Kiri Demokratik
Poland - Kesatuan Buruh
Puerto Rico - Parti Kemerdekaan Puerto Rican (PIP)
Republik Czech - Parti Demokrat Sosial Czech
Republik Dominika - Parti Revolusi Dominica
Republik Ireland - Parti Buruh
Romania - Parti Demokrat Sosial
Saint Lucia - Parti Buruh St. Lucia
Senegal - Parti Sosialis
Slovenia - Demokrat Sosial
Sweden - Parti Demokrasi Sosial Sweden
Turki - Parti Rakyat Republik
Venezuela - Tindakan Demokrat
Greece - Gerakan Sosialis Se-Yunani
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.