penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Aizat Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.[1]
Aizat | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Aizat bin Amdan 21 Januari 1989 |
Nama lain | Aizat AF (semasa bersama Akademi Fantasia), Aizat, Aizat Amdan, Ai.Z |
Pekerjaan | Penyanyi, pencipta lagu, pelakon |
Pasangan | Elyssa Alka Ilias (k. 2022) |
Kerjaya muzik | |
Instrumen | vokal, gitar |
Tahun aktif | 2007–kini |
Pengkarya berkait | Go Gerila |
Laman sesawang | www.aizatamdan.com |
Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1989 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, lima lelaki dan seorang perempuan kepada pasangan Amdan Mat Din (1957 – 9 Januari 2019), seorang pesara hakim dan Fina Norhizah Baharu Zaman. Ibu bapanya bercerai ketika Aizat masih kecil.[2]Beliau bersekolah di St.John Institution
Beliau telah menulis lagu dan menyanyi sejak berusia 12 tahun ketika mula belajar bermain gitar bersama abangnya, Anas. Aizat beraksi di persembahan sekolah dan tampil di pertandingan peringkat sekolah. Beliau menulis lagu "Lagu Kita" ketika menuntut Tingkatan 3, yang kemudiannya dimuatkan dalam album pertama Aizat, Percubaan Pertama.[3]
Setelah tamat pengajian dari sekolah menengah, Aizat menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan diterima sebagai seorang daripada 12 orang peserta akhir. Beliau menyanyikan lagu "Perpisahan" nyanyian Anuar Zain dan persembahannya dianggap sebagai salah satu persembahan terbaik. Aizat mendapat tempat ke-7.[4]
Pada 7 Julai 2007, beliau dan keluarganya menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE). Dari situ, beliau melancarkan tiga buah album melalui label ini dan telah menganjurkan beberapa konsert di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo.[5]
Pada 14 September 2011, Aizat bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54.[6] Aizat membuat penampilan khas sebagai Ijoi dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly pada tahun 2012.
Beliau melancarkan EP pertamanya, Legasi pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam. Bagi menyiapkan album ini, beliau terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini kerana Malaysia tidak mempunyai kemudiahan mencetak kulit hitam. Legasi memuatkan sebanyak lima buah lagu dengan kolaborasi bersama Yuna Zarai, Zee Avi, Noh Salleh dan Azlan & The Typewriter.[7][8] Bagaimanapun, album ini hanya boleh didapati melalui bidaan dan tidak dijual di pasaran terbuka.[9]
Pada 9 Januari 2019 pukul 1.09 pagi, bapa beliau Datuk Amdan Mat Din yang ketika itu berumur 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas menderita serangan angin ahmar sejak Disember 2017.[10][11][12]
Tahun | Tajuk Lagu | Album |
---|---|---|
2008 | "Sahabat" | Percubaan Pertama |
"Hanya Kau Yang Mampu" | ||
"Lagu Kita" | ||
2009 | "Fikirlah" | |
"Pergi / I Go" | OST Talentime | |
"Kau Aku" | OST Merah Putih | |
2010 | "Susun Silangkata" | Urusan Aizat Amdan |
"Erti Hari Ini" | ||
"Sungai Lui" | ||
2011 | "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" bersama Dayang Nurfaizah,Vince Chong, Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura, KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella & Jaclyn Victor |
Astro Tribute to P. Ramlee |
"Perpisahan Ini" duet bersama kumpulan 1st Edition |
1st Edition | |
"Years From Now" | Urusan Aizat Amdan | |
"Mana Oh Mana" | ||
2012 | "Jerrypah" | Non-album single |
"In My Heart" | ||
"Hadiah" sebagai Go Gerila! | ||
2018 | "Sampai Ke Hari Tua" | |
"Harapan Jadi Nyata" | ||
"Hari-Hariku" duet bersama Intan Serah dan Annabel Michael |
OST Gol & Gincu Vol. 2 | |
2019 | "Angin Lalu" | |
"Waktu" | ||
2020 | "Dup Dup" (duet Bunga) | |
"Ku Mau" (duet bersama Hanin Dhiya) | ||
"Tekad" | ||
2021 | "Nogga (duet bersama Monoloque) | |
"The Last Thing" | Sebagai Ai.Z. | |
"Use Me" | ||
2022 | "Hanya Kita Dua" |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Istanbul Aku Datang! | Ijoi | Filem pertama |
2013 | Bola Kampung The Movie | Mat (suara) | |
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan |
2009 (AIM16) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Lagu Kita | Percubaan Pertama | Menang |
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | |||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
2010 (AIM17) | Lagu Pop Terbaik | Pergi | OST Talentime | Tercalon |
2011 (AIM18) | Kulit Album Terbaik | Urusan Aizat Amdan | Menang | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | Years From Now | Tercalon | ||
Lagu Pop Terbaik | Sungai Lui | Tercalon | ||
Video Muzik Terbaik | Susun Silang Kata | Menang | ||
Album Terbaik | Tercalon | |||
2013 (AIM20) | Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu | In Love With You (bersama Noh Salleh) | Tercalon | |
Video Muzik Terbaik | Dwihati (bersama Yuna) | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2008 (AJL 23) | Lagu Kita | Percubaan Pertama | Aizat | Aizat | Balada | Tercalon |
2009 (AJL 24) | Kau Aku | Aizat | Aizat | Terbuka | Tercalon | |
Aizat | Aizat | Persembahan Terbaik | Menang | |||
Pergi | OST Talentime | Pete Teo | Amran Omar | Terbuka | Menang Juara Lagu | |
2011 (AJL 26) | Sungai Lui | Urusan Aizat Amdan | Aizat & Anas | Aizat & Anas | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan |
2009 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu bagi Artis Baru Lelaki | Hanya Kau Yang Mampu | Percubaan Pertama | Menang |
Lagu Malaysia Paling Popular | Menang | |||
Artis Lelaki Terbaik | Tercalon | |||
Album Terbaik | Tercalon | |||
Artis Malaysia Paling Popular | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2008 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2009 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2010 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2011 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2015 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2018 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.