9 Januari merupakan hari kesembilan dalam kalendar Gregory . Tinggal 356 hari (atau 357 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Syahid di Panama (1964 ) dan Perayaan Nasrani Hitam di Filipina .
Louis Daguerre
475 - Basiliscus menjadi Maharaja Byzantine selepas Zeno diusir dari ibu kota Constantinople .
1349 - Kaum Yahudi di Basel , Switzerland, yang dipercayai membawa wabak bubonik , dihimpunkan lalu dibakar hidup-hidup.
1431 - Siasatan hakim bagi perbicaraan Jeanne d'Arc bermula di Rouen, Perancis , di mana duduknya kerajaan penduduk Inggeris.
1760 - Kaum Afghan menumpaskan kaum Maratha di Pertempuran Barari Ghat.
1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London .
1788 - Connecticut menjadi negeri kelima Amerika Syarikat .
1793 - Jean-Pierre Blanchard menjadi orang pertama yang terbang menaiki belon udara di Amerika Syarikat.
1799 - Perdana Menteri Britain William Pitt memulakan sistem cukai pendapatan untuk mengumpul dana peperangan menentang Napoleon .
1816 - Sir Humphry Davy menguji lampu Davy bagi para pelombong di Lombong Arang Batu Hebburn .
1822 - Putera Portugis Pedro I menetap di Brazil meskipun dilarang titah Raja João VI , lalu melancarkan proses kemerdekaan Brazil.
1833 - Termeterai satu perjanjian sempadan Rembau dan Melaka yang ditandatangani di Naning di antara Ketua Pemerintah Rembau dan pembesar-pembesarnya dengan wakil-wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris .
1839 - Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip , satu proses fotografi yang dinamakan bersempena perekanya , Louis Daguerre (gambar) .
1857 - Berlakunya gempa bumi Fort Tejon di California yang mencatat magnitud kira-kira 7.9.
1858 - Anson Jones , Presiden terakhir Republik Texas , membunuh diri.
1861 - Perang Saudara Amerika : Insiden "Star of the West " berlaku berhampiran Charleston, Carolina Selatan , dianggap oleh ahli sejarah sebagai "Tembakan Pertama Perang Saudara Amerika".
1861 - Mississippi menjadi negeri kedua yang berpisah dari Kesatuan sebelum terletusnya Perang Saudara Amerika .
1878 - Umberto I menjadi Raja Itali selepas kemangkatan ayahandanya Vittorio Emanuele II .
1894 - New England Telephone and Telegraph memasangkan papan suis telefon berkuasa bateri pertama di Lexington, Massachusetts .
1903 - Hallam Tennyson, 2nd Baron Tennyson , anak kepada penyajak masyhur Alfred Tennyson , menjadi Gabenor Jeneral kedua Australia.
1905 - Menurut takwim Julius yang dipakai ketika itu, golongan buruh Rusia yang mengadakan perarakan di Istana Musim Sejuk dibunuh beramai-ramai oleh askar Tsar , maka melancarkan Revolusi Rusia 1905 .
1916 - Perang Dunia Pertama : Empayar Uthmaniyyah menewaskan gabungan tentera British dan Perancis dalam Pertempuran Canakkale di Gallipoli .
1917 - Perang Dunia Pertama : Pertempuran Rafa terjadi berhampiran sempadan Mesir dengan Palestin .
1923 - Autogiro , sejenis kenderaan berotor ciptaan jurutera awam dan juruterbang Juan de la Cierva , berjaya terbang di Madrid , Sepanyol.
1941 - Penerbangan pertama Avro Lancaster .
1941 - Perang Dunia Kedua : Kapal Triton (S.112) Greece mengelamkan kapal selam Neghelli Itali di Otranto .
1942 - Perang Dunia Kedua: Bandar Jesselton, ibu negeri Sabah yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu telah jatuh ke tangan Jepun .
1945 - Tentera Amerika Syarikat menyerang Luzon di Filipina.
1947 - Elizabeth "Betty" Short yang dikenali sebagai Black Dahlia , ditemui hidup buat kali terakhir.
1951 - Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dibuka secara rasmi di Bandar Raya New York .
1964 - Hari Syahid di Panama: Rusuhan empat hari meletus atas sebab pertikaian kedaulatan Zon Terusan Panama .
1968 - Salji turun di Bandar Mexico buat sekali sahaja selama tiga hari berturut-turut.
1972 - Kapal RMS Queen Elizabeth diranapkan api di Pelabuhan Victoria , Hong Kong .
1986 - Setelah kalah dalam perebutan paten kepada Polaroid , Kodak terpaksa menghentikan niaga kamera segeranya .
1991 - Pihak Kesatuan Soviet menyerbu kota Vilnius untuk menghalang kemerdekaan Lithuania .
1997 - A Comair Embraer EMB 120 crashes during approach into Detroit Metro Airport , mengorbankan 29 orang.
2001 - Shenzhou 2 , kapal angkasa lepas tanpa manusia buatan China , dilancarkan.
2005 - Perjanjian Naivasha ditandatangani kerajaan Sudan dan pihak pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan di Naivasha , Kenya.
2005 - Pilihan raya diadakan untuk mencari pengganti Yasser Arafat sebagai ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin . Arafat diganti oleh Rawhi Fattouh .
2007 - CEO Apple Inc. , Steve Jobs memperkenalkan iPhone .
2011 - Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia , Azarbaijan Barat , Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
2011 - Undian diteruskan dalam sebuah pungutan suara untuk menentukan sama ada Sudan Selatan patut merdeka daripada Sudan .
2012 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam kes liwat yang membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari .
2017 - Mohd Faiz Subri memenangi FIFA Puskás Awards 2016 (baca disini) .
Richard Nixon
Laura Basuki