28 September merupakan hari ke-271 (hari ke-272 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 94 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Juan Rodríguez Cabrillo
Pelancaran Falcon 1 Flight 4
1066 – William si Penakluk dan armada 600 kapalnya mendarat di Pevensey , Sussex , memulakan penaklukan England oleh Norman .
1106 – Henry I dari England menang muktamad ke atas abangnya Duke Normandy Robert Curthose dalam Pertempuran Tinchebray , dan menuntut Normandy sebagai hak milik Kerajaan England .
1538 – Perang Uthmaniyah–Venezia: Tentera Laut Uthmaniyah meraih kemenangan muktamad ke atas armada pakatan Liga Suci dalam Pertempuran Preveza .
1542 – Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo (gambar) , orang Eropah pertama berjalan di pantai California , mendarat di tempat yang kini ialah bandar San Diego .
1928 – Ahli farmakologi Scotland Alexander Fleming menemui penisilin .
1950 - Satu Rang Undang-undang Pindaan Askar Melayu telah dibentang dan diluluskan, yang mana dalam pindaan tersebut memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang berkelayakan menjadi pegawai dan ketua-ketua pemerintah dalam Askar Melayu setaraf dengan pegawai-pegawai Inggeris .
1961 – Sekumpulan pegawai di Damsyik merampas kuasa dan mengisytiharkan kemerdekaan Syria daripada Republik Arab Bersatu , meninggalkan Mesir sebagai anggota tunggal.
1972 – Paul Henderson menjaringkan gol kemenangan menewaskan Vladislav Tretiak , membolehkan pasukan hoki ais kebangsaan Kanada menang Siri Kemuncak menewaskan Soviet .
1981 – Twinkle Twinkle Little Star , yang merupakan album keenam oleh penyanyi tersohor Malaysia iaitu Sudirman Haji Arshad telah dikeluarkan.
1994 – Feri MS Estonia tenggelam di antara Tallinn , Estonia dan Stockholm , Sweden, mengorbankan 852 nyawa dalam salah satu kemalangan laut terburuk di Laut Baltik .
2000 – Intifada al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid al-Aqsa .
2008 – Pada percubaan keempat, Falcon 1 SpaceX (gambar) menjadi kenderaan pelancar berasaskan bahan api cecair swasta pertama berjaya mencapai orbit.
2008 – Pelari Habsyah Haile Gebrselassie memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
2012 – Pemandu Formula Satu McLaren , Lewis Hamilton , mengesahkan yang beliau akan menyertai Mercedes pada musim 2013