14 September merupakan hari ke-257 (hari ke-258 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 108 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Harun al-Rashid
786 – Harun al-Rasyid (gambar) menjadi khalifah Abbasiyah selepas kematian abangnya al-Hadi .
1752 – Dengan menerima takwim Gregorius , Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
1812 – Pencerobohan Perancis ke atas Rusia : Napoleon I dan Grande Armée menawan Moscow , tetapi mendapati bandar tersebut telah ditinggalkan dan dibakar .
1901 – Di Buffalo, New York , Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat termuda pada umur 42 tahun apabila William McKinley meninggal dunia akibat ditembak lapan hari sebelumnya.
1948 – Penerbangan terakhir oleh pesawat Brewster Buffalo dalam perkhidmatan Finland.
1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 (gambar) terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan .
1960 – Di satu persidangan di Baghdad , Arab Saudi, Iran , Iraq , Kuwait dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
2008 – Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Itali 2008 , menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah Formula Satu yang memenangi perlumbaan Grand Prix.
2013 – Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013 .
2017 - Sekurang-kurangnya 22 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar di Tahfiz Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur terkorban dalam satu kebakaran pada pukul 5.00 pagi (waktu tempatan).