Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia
Remove ads

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun (dikenali juga sebagai Pasukan Olimpik Malaysia) yang mewakili Malaysia dalam kejohanan bola sepak antarabangsa iaitu dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, sama juga seperti lain-lain kejohanan antarabangsa di bawah-23. Ia ialah salah satu pasukan bawah-23 yang terkuat di Asia Tenggara bersama-sama Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Ia dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Fakta Segera Gelaran, Persatuan ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah

Pasukan ini dianggap sebagai pasukan penyumbang kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Ia adalah bagi pemain-pemain berumur 23 dan kurang, walau bagaimanapun, 3 pemain senior juga boleh dipilih. Masih lagi wujud pasukan-pasukan untuk bawah-20, bawah-17 dan bawah-15. Selagi mereka layak, pemain-pemain boleh bermain pada mana-mana aras, oleh kerana itu, mungkin bagi seseorang untuk bermain bagi B-23, pihak senior dan kemudiannya B-23.

Sukan Olimpik Musim Panas 2000

Selepas Piala Dunia B-20 FIFA 1997, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan untuk layak ke Olimpik Sydney 2000. Seterusnya, FAM telah membelanjakan kira-kira US$6 juta dan menyambung kembali kontrak jurulatih remaja Malaysia, Hatem Souissi. Kemudian FAM telah membentuk satu skuad dikenali sebagai Olimpik 2000 dengan satu kombinasi skuad remaja 1997 dan pemain lain di bawah 23.

FAM telah memutuskan untuk memasukkan Olimpik 2000 sebagai salah satu daripada pasukan di dalam Liga Malaysia. Perlawanan pertama mereka menentang Johor FA di dalam perlawanan kelayakan untuk Liga Perdana I Malaysia. Pasukan tersebut telah memenangi perlawanan pertama 1-0 mereka sebelum seri 1-1 di gelanggang rumah untuk melayakkan diri ke dalam Liga Perdana I Malaysia. Walau bagaimanapun, pasukan itu terjerumus terbawah liga semasa musim 1998 dengan hanya 4 menang di dalam 22 perlawanan.[2]

Olimpik 2000 hanya menunjukkan prestasi buruk di dalam kelas antarabangsa. Mereka telah dimalukan oleh skuad Sukan Asia Thailand di dalam satu perlawanan persahabatan apabila pasukan Thailand mengalahkan mereka 9-0. Semasa perlawanan kelayakan Olimpik 2000, mereka hanya dapat menghabiskan di tangga ketiga di belakang Hong Kong dan Jepun. Ia boleh dipersoalkan di kalangan peminat bagaimana sebuah skuad yang telah bermain bersama-sama semenjak 1995 yang telah diberi pendedahan dan bakat tidak boleh menjayakan sasaran.

Remove ads

Kebangkitan di Sukan SEA 2009 dan 2011

Sukan Asia Tenggara 2009

Pada Julai 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan sebagai jurulatih baru bagi pasukan Malaysia B-23. Di bawah pengurusan beliau, Malaysia telah layak ke separuh akhir di dalam Sukan SEA 2009 selepas menjadi naib juara kumpulan A dengan hanya satu mata di belakang juara kumpulan, Vietnam. Malaysia kemudiannya menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, sebelum bertemu Vietnam kembali dan menewaskan mereka 1-0 di perlawanan akhir dengan jaringan gol sendiri oleh Mai Xuan Hop pada minit ke-85. Ini ialah pingat SEA kelima dan juga kejayaan besar pertama bagi pasukan B-23 di bawah Datuk K. Rajagopal yang juga mengetuai Malaysia untuk layak ke pusingan kedua di Bola sepak di Sukan Asia 2010 sebagai salah satu empat pasukan tempat tiga terbaik selepas satu jurang 32 tahun.[3][4]

Sukan Asia Tenggara 2011

Kesebelasan utama di perlawanan akhir Sukan SEA 2011.[5]

Pada tahun 2011, pasukan ini dikendalikan pula oleh Ong Kim Swee. Kemudian Ong Kim Swee menyusun dua perlawanan persahabatan menentang Thailand dan Singapura di dalam satu persediaan kelayakan Olimpik 2012. Selepas itu Malaysia menang tipis 2-1 kepada Thailand tetapi menang 2-0 ke atas Singapura.[6][7]

Akhirnya Malaysia mara ke separuh akhir Sukan Asia Tenggara 2011 di tempat teratas kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia dengan 1-0. Kemudian, Malaysia juga menewaskan Myanmar 1-0 di dalam separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir. Di dalam perlawanan akhir, mereka bertemu dengan Indonesia semula dan mencatat seri 1-1 hingga ke akhir masa tambahan, menyebabkan keputusan ditentukan kepada sepakan penalti yang memberikan Malaysia kemenangan 4-3. Ini juga menjadikan kemenangan pingat sukan SEA keenam diketuai oleh Ong Kim Swee selepas kejayaan pada tahun 2009.

Remove ads

Arena antarabangsa

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia menggunakan pasukan skuad bawah-23 dan pasukan kebangsaan di bawah pengurusan baru K. Rajagopal. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia telah menggunakan pemain-pemain di bawah 23 tahun, bersama-sama dengan pemain-pemain senior seperti Safee Sali dan Norhafiz Zamani Misbah. Ini telah disediakan untuk pasukan kebangsaan untuk menyediakan cabaran di hadapan mereka.

Malaysia telah gunakan pasukan Bawah-23 untuk kejohanan seterusnya seperti Piala Ho Chi Minh, Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010.[8] Malaysia telah menggunakan cara ini semenjak pengerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia, YMM Sultan Ahmad Shah, telah merancang dan merangka pelan terutamanya untuk K. Rajagopal. Ini sebagai hasil selepas kekalahan memalukan 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu di Kelayakan Piala Asia 2011.

Rekod Kejohanan

Sukan Olimpik

Maklumat lanjut Rekod Sukan Olimpik, Tahun ...
  • Semenjak 1992, kejohanan menjadi Bawah-23.

Piala Asia

Maklumat lanjut Rekod Piala Asia, Kelayakan ...

Selepas kelayakan Olimpik 2012, kelayakan untuk Olimpik 2016 dan seterusnya menjadi kejohanan Piala Asia B-23 bermula dengan 2016.

Piala AFF

Maklumat lanjut Rekod Piala AFF, Tahun ...

Sukan Asia

Maklumat lanjut Rekod Sukan Asia, Tahun ...

Sukan SEA

Maklumat lanjut Rekod Sukan SEA, Tahun ...


Kejohanan Jemputan

Maklumat lanjut Kejohanan Jemputan, Tahun ...
  1. Bola sepak sukan Universiti dunia adalah sebuah kejohanan bola sepak Universiti, namun pada edisi 2013, Malaysia menghantar pasukan bawah 23 tahun..


Remove ads

Keputusan terkini

      Menang       Seri       Kalah

2025

  • 1 Perlawanan antarabangsa bukan 'Negara'

Pemain

Skuad terkini

Berikut 23 pemain yang dipanggil ketua jurulatih Juan Torres bagi menghadapi Piala Asia B-23 AFC 2024 yang berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024.

Maklumat lanjut No., Pos. ...

Senarai panggilan

Pemain berikut dipanggil dalam 12 bulan terakhir.

Maklumat lanjut Pos., Pemain ...


Nota:

  • CED Mengundurkan diri dari skuad kerana kecederaan
  • PRA Skuad awal

Skuad dahulu

Piala Asia B-23 AFC
Remove ads

Kakitangan kejurulatihan

Maklumat lanjut Kakitangan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Peranan ...
Maklumat lanjut Pengurusan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kakitangan sokongan, Peranan ...

Sumber:[11][12]

Remove ads

Jurulatih

Maklumat lanjut Tahun, Ketua Jurulatih ...
Remove ads

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads