Ong Kim Swee

Pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Ong Kim Swee (Cina ringkas: 王金瑞; Cina tradisional: 王金瑞; pinyin: Wáng Jīn Ruì; lahir 11 Disember 1970) ialah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau sekarang mengurus Persik Kediri di Liga 1 Indonesia. Beliau menghabiskan kebanyakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bermain untuk pasukan Malaysia Timur terutamanya Sarawak dan Sabah semasa pertengahan 90-an.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Tarikh lahir ...

Beliau pada masa ini mengurus Sabah FC yang telah bertanding di dalam Kejohanan Pra-Olimpik AFC 2012 untuk kelayakan ke sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Asia Tenggara 2011.[1] Beliau juga bekas pengurus Harimau Muda A di dalam Liga Super Malaysia.

Remove ads

Kehidupan awal

Ong Kim Swee dilahirkan kepada ibu bapa Cina Peranakan di Melaka, Malaysia pada 11 Disember 1970.

Kerjaya

Sebagai pemain

Kim Swee memulakan kerjayanya sebagai pemain Melaka pada awal 90-an. Beliau ialah ahli pasukan Olimpik Malaysia yang digelar Barcelona 1992 di bawah jurulatih Chow Kwai Lam.[1]

Pada tahun 1993 Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum dipindahkan ke Sabah FA secara kontroversi pada akhir 1994. Dengan Sabah beliau memenagi Piala FA Malaysia pada tahun 1995 dan Liga M pada tahun 1996.

Kim Swee memperlihatkan penampilan antarabangsa menentang Kuwait pada 22 September 1994. Beliau adalah ahli skuad Malaysia bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya seri dengan kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995.

Sebagai Jurulatih

Kim Swee melatih pasukan Melaka pada tahun 2005.[2] Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal.[3] Beliau telah memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut.[1] Dengan pasukan Malaysia U-22, Ong berjaya menjuarai final perlawanan bola sepak Sukan Asia Tenggara 2017 di tanah air, memenangi pingat perak sebagai finalis kalah kepada Thailand serta layak ke suku akhir Kejohanan AFC U-23 2018.[4][5][6][7]

Remove ads

Anugerah sebagai pengurus

Malaysia

Darjah kebesaran

Pada 11 Oktober 2013, Ong bersama-sama penyanyi Ramli Sarip dan pelakon Rosyam Nor dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.[8]

Penghargaan Malaysia
  •  Melaka
    • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2013)[8]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads