10 Oktober merupakan hari ke-283 (hari ke-284 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 82 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Pertempuran Tours
Maharaja terakhir Dinasti Qing, Puyi
Raja Syed Alwi, Perlis
Spiro Agnew
Bendera Antillen Belanda
Sheikh Muszaphar Shukor
680 – Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib terbunuh dalam Pertempuran Karbala .
732 – Charles Martel dan orang Frank menewaskan Abdul Rahman al-Ghafiqi dan Muslim Andalus dalam Pertempuran Tours (gambar) , berhampiran Tours dan Poitiers .
1845 – Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dibuka di Annapolis , Maryland , dengan 50 pelajar kadet kanan .
1846 – Bulan Triton ditemui.
1911 – Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang , menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing (gambar maharaja terakhir) dan penubuhan Republik China .
1925 - Bekalan air paip yang mula-mula sekali bagi bandar Kangar dan negeri Perlis telah dirasmikan oleh Raja Syed Alwi ibni Syed Saffi Jamalullail dengan majlis besar-besaran dan gilang-gemilang sebagai menandakan suatu peristiwa penting di Perlis.
1928 – Jeneral Chiang Kai-shek dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Ketenteraan Negara , memberikannya kepimpinan Republik China .
1943 – Perang Dunia Kedua : Polis tentera Jepun Kempeitai menahan dan menyeksa 57 orang awam kerana disyaki terlibat dalam serangan ke atas Pelabuhan Singapura dalam Operasi Jaywick .
1964 – Sukan Olimpik Tokyo 1964 dirasmikan.
1973 - Naib Presiden Amerika Syarikat Spiro Agnew (gambar) meletakkan jawatan selepas didakwa mengelak cukai .
1979 – Permainan arked Pac-Man dipasarkan buat pertama kali di Amerika Utara oleh Namco .
1987 – Selepas dua rampasan kuasa di Fiji oleh Sitiveni Rabuka , kerajaan tentera membatalkan perlembagaan dan mengisytiharkan Fiji sebagai republik .
2007 - Angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa lepas dengan menaiki roket Soyuz TMA-11 bagi memenuhi misi negara untuk menjalankan program penyelidikan dan pembangunan di Stesen Angkasa Antarabangsa .
2010 – Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.
2010 – Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan , dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda , manakala Bonaire , Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.