From Wikipedia, the free encyclopedia
Women Talk ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara Malaysia yang disiarkan di TV3.[1] Bersiaran sejak 2 April 2022, setiap Sabtu jam 5:00 petang (WPM), ia membincangkan topik dan isu-isu semasa bersama tokoh-tokoh wanita dari pelbagai bidang.[2][3]
Women Talk | |
---|---|
Genre | Bual bicara |
Ditulis oleh | Nik Jassmin Hew |
Pengarah | Hairuddin Hashim |
Pengacara |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 4 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Elaine Daly |
Penyunting | Safwan Mazlan |
Lokasi | Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | Dolby Digital |
Format audio | 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 2 April 2022 – kini |
Deborah Henry dan Zoraya Vadillo ialah pengacara utama rancangan ini[4] yang disiarkan sebanyak 3 musim, dengan disertai oleh Siti Saleha dan Sazzy Falak sebagai pengacara bersama untuk setiap musim. Ia juga boleh ditonton menerusi penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5][6][7]
Women Talk memulakan tayangan perdana di TV3 setiap Sabtu jam 5 petang (WPM) pada 2 April 2022 untuk musim pertama.[3][4][8]
Serupa dengan Wanita Hari Ini, rancangan ini menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan maklumat tentang topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.[3][4][8][9]
Sidang penerbitan Women Talk diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit. Deborah Henry dan Zoraya Vadillo menggalas tanggungjawab sebagai hos.[3][4][8]
Musim kedua siri ini memulakan tayangan perdana pada 15 Oktober 2022 dengan pelbagai topik dibincangkan bagi memperkasakan inspirasi wanita.[10][11] Pada 10 Disember, Women Talk telah menganjurkan acara khas yang diberi nama Brunch with Women Talk yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan barisan panel istimewa termasuk Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Adeeba Kamarulzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Christy Ng, penyanyi Jaclyn Victor dan Ketua Unit Video SAYS, Nandini Balakrishnan.[12][13]
Musim ketiga siri ini disiarkan pada 29 April 2023 dengan pelbagai topik dibincangkan dalam setiap episod.[14]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2022 | Asian Television Awards 2022 | Rancangan Bual Bicara Terbaik | Women Talk | Tercalon | [17] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.