Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel (22 September 1882 – 16 Oktober 1946) ialah seorang Generalfeldmarschall (Fil Marsyal) Jerman. Selaku Panglima Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht atau OKW) dan Menteri Perang de facto Adolf Hitler, beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Beliau adalah pegawai staf yang berkelayakan namun ketaatannya yang membuta tuli kepada Hitler dan ketidakmampuannya untuk mempersoalkan perintah-perintah Hitler telah menimbulkan kesan buruk terhadap keberkesanan operasi Staf Am. Penindasan Keitel keatas para jeneral lain yang mempersoalkan keputusan Hitler telah menyebabkan kerosakan dalam proses komunikasi dan proses membuat keputusan oleh Staf Am.
Wilhelm Keitel | |
---|---|
Ketua Markas Besar Wehrmacht | |
Dalam jawatan 4 Februari 1938 – 8 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Werner von Blomberg (sebagai Menteri Perang Reich) |
Digantikan oleh | Alfred Jodl |
Ketua Pejabat Angkatan Tentera | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1935 – 4 Februari 1938 | |
Didahului oleh | Walther von Reichenau |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel 22 September 1882 Helmscherode, Empayar Jerman |
Mati | 16 Oktober 1946 64) Nuremberg, Jerman taklukan Bersekutu (dihukum mati) | (umur
Pasangan | Lisa Fontaine (k. 1909) (1887-1959) |
Pertalian | Bodewin Keitel (adik) Karl-Heinz Keitel (anak sulong) |
Kabinet | Kabinet Hitler |
Anugerah awam | Knight Cross of the Iron Cross Lencana Cedera 20 Julai 1944 Lencana Emas Parti |
Tandatangan | |
Nama panggilan | "Lakeitel" (Pak turut) |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Cabang/khidmat | Wehrmacht |
Tahun khidmat | 1901–1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri |
Pangkalan | Oberkommando der Wehrmacht |
Perang/Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Kesetiaan penuh dan persetujuan tetapnya terhadap rancangan-rancangan Hitler menyebabkan beliau mendapat kepercayaan Führer dan kebencian dari Staf Am, namun beliau tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan kuasa tongkat Marsyalnya, lantaran itu Keitel digelar oleh pegawai-pegawai lain dengan nama Lakaitel (dari perkataan Lakai bermaksud "pak turut" atau "pembodek" yang digabungkan dengan namanya). Kerja-kerja sebenar OKW telah dilaksanakan oleh timbalannya iaitu Jeneral Alfred Jodl. Selepas perang, beliau telah diadili oleh Perbicaraan Nuremberg dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan jenayah perang. Beliau merupakan pegawai kedua tertinggi yang dibicarakan di Nuremberg selepas Reichsmarschall Hermann Goering.
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
Kategori berkenaan Wilhelm Keitel di Wikimedia Commons
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Yosuke Matsuoka |
Kulit Depan Majalah Time 14 Julai 1941 |
Diikuti oleh: Claude Wickard |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.