Erich von Manstein
German general From Wikipedia, the free encyclopedia
Erich von Manstein (24 November 1887 – 9 Jun 1973) adalah salah seorang panglima tentera Jerman yang paling popular sewaktu Perang Dunia Kedua. Menyandang pangkat Fil Marsyal (Generalfeldmarschall), beliau telah disanjung tinggi oleh rakan dan musuh sebagai salah seorang pakar strategi tentera dan panglima perang terbaik Jerman. Manstein merupakan pegawai contoh Prusia dan salah seorang dari segelintir jeneral Jerman yang secara terbuka bercanggah pendapat dengan Adolf Hitler tentang hal ehwal ketenteraan. Manstein boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.
Fil Marsyal Erich von Manstein | |
---|---|
![]() Generaloberst Erich von Manstein, 1942. | |
Nama lahir | Fritz Erich Georg Eduard von Lewinski |
Kelahiran | Berlin, Empayar Jerman | 24 November 1887
Meninggal dunia | 9 Jun 1973 85) Irschenhausen, Jerman Barat | (umur
Kesetiaan |
|
Tahun perkhidmatan | 1906–1944 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Infantri |
Arahan |
|
Pertempuran |
|
Anugerah | Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern Darjah Michael the Brave Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Hubungan |
|
Tugas lain | Penasihat ketenteraan kepada kerajaan Jerman Barat |
Dilahirkan dalam keluarga bangsawan Prusia lama yang berkait dengan perkhidmatan tentera, Manstein menyertai tentera darat pada usia muda dan berkhidmat di beberapa barisan hadapan semasa Perang Dunia Pertama. Beliau telah naik ke pangkat kapten pada pertengahan perang dan aktif membantu Jerman membina angkatan tenteranya dalam tempoh antara perang. Beliau bertugas sebagai Ketua Staf Kumpulan Tentera Darat Selatan pimpinan Gerd von Rundstedt semasa pencerobohan keatas Poland yang mencetuskan Perang Dunia II. Beliau merupakan seorang daripada perancang utama operasi Fall Gelb (Kes Kuning), sebuah penyerangan yang merentasi hutan Ardennes semasa pencerobohan keatas Perancis dalam tahun 1940. Mendapat pangkat Jeneral pada pengakhiran kempen tersebut, beliau aktif dalam Operasi Barbarossa (penyerbuan keatas Kesatuan Soviet) dan Pengepungan Sevastopol, dan dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal pada bulan Julai 1942. Nasib Jerman bertukar menjadi buruk selepas Pertempuran Stalingrad, yang mana Manstein memimpin gerakan pembebasan yang gagal. Beliau adalah antara komander utama dalam Pertempuran Kursk, satu daripada pertempuran utama yang terakhir dan pertempuran kereta kebal yang terbesar dalam sejarah. Beliau dipecat pada bulan Mac 1944 kerana perselisihan faham yang berterusan dengan Hitler mengenai pengendalian perang. Beliau tidak lagi diberi jawatan pemerintahan dan telah ditawan oleh pihak British pada bulan Ogos 1945, beberapa bulan selepas kekalahan Jerman.
Manstein memberi keterangan di Perbicaraan Nuremberg tentang penjenayah perang utama pada bulan Ogos 1946, dan menyediakan kertas, berserta dengan memoirnya, membantu menyangkal mitos "Wehrmacht bersih" berkaitan Holokaus. Dalam tahun 1949 beliau dibicarakan di Hamburg bagi jenayah perang dan disabitkan sembilan daripada 17 tuduhan, termasuk layanan buruk terhadap tawanan perang dan kegagalan melindungi orang awam yang berada di dalam kawasan operasinya. Hukuman penjaranya selama 18 tahun dikurangkan ke 12 tahun, tetapi beliau menjalani hukuman hanya empat tahun sebelum dibebaskan pada tahun 1953. Sebagai penasihat tentera kepada kerajaan Jerman Barat pada pertengahan tahun 1950-an, beliau membantu membina semula angkatan tentera negara tersebut. Kejayaan memoirnya bertajuk, Verlorene Siege (1955), diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Lost Victories (Kemenangan yang Hilang), yang mengkritik kuat kepimpinan Hitler, dan bertumpu hanya pada aspek ketenteraan perang, mengabaikan konteks politik dan etika. Manstein meninggal dunia di Munich pada tahun 1973.

Tarikh kenaikkan pangkat
- Fähnrich - 6 Mac 1906
- Leutnant - 27 Januari 1907 (dengan senioriti pada 14 Jun 1905)
- Oberleutnant - 19 Jun 1914
- Hauptmann - 24 Julai 1915
- Major - 1 Februari 1927
- Oberstleutnant - 1 April 1931
- Oberst - 1 Disember 1933
- Generalmajor - 1 Oktober 1936
- Generalleutnant - 1 April 1939
- General der Infanterie - 1 Jun 1940
- Generaloberst - 1 Jan 1942
- Generalfeldmarschall - 1 Julai 1942
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1: 13 November 1915
- Iron Cross (1914) Kelas 2: 5 Oktober 1914
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 1 April 1918
- Lencana Cedera warna Hitam (1918)
- Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1: 21 September 1939
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2: 16 September 1939
- Knight Cross of the Iron Cross: 19 Julai 1940
- Darjah Michael the Brave (Romania) Kelas 1 dan 2
- Lambang Perisai Krimea warna Emas (1942)
- Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian (Kehormat)
- Darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross: 14 Mac 1943
- Darjah Pedang bagi Knight Cross of the Iron Cross: 30 Mac 1944
- Nama Manstein disebut lapan kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Kemajuan Angkatan Tentera) iaitu pada 11 Oktober 1941, 12 Oktober 1941, 31 Oktober 1941, 19 Mei 1942, 20 Mei 1942, 2 Julai 1942, 20 Mac 1943 dan 4 Ogos 1943. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)
Lihat juga
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Walther von Brauchitsch
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Erwin von Witzleben
- Gunther von Kluge
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Karl Donitz
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
Rujukan
Bacaan lanjut
Rekod rasmi
- The British records of the Manstein trial are now housed in the Liddell Hart Centre for Military Archives, King's College London.
- Von Manstein's testimony at Nuremberg is contained in three files at the Yale University Avalon Project: 9 August 1946, 10 August 1946, and 12 August 1946.
Buku dan rencana
- Citino, Robert M. (2012). The Wehrmacht Retreats: Fighting a Lost War, 1943. Lawrence, KS: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1826-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Förster, Jürgen (1998). "Complicity or Entanglement? The Wehrmact, the War and the Holocaust". Dalam Berenbaum, Michael; Peck, Abraham (penyunting). The Holocaust and History The Known, the Unknown, the Disputed and the Reexamined. Bloomington: Indian University Press. m/s. 266–283. ISBN 978-0-253-33374-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Liddell Hart, B. H. (1999) [1948]. The Other Side of the Hill. London: Pan Books. ISBN 0-330-37324-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Manstein, Erich (1983). Verlorene Siege (dalam bahasa German). München: Bernard & Graefe. ISBN 3-7637-5253-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Manstein, Erich (2002). Soldat im 20. Jahrhundert (dalam bahasa German). München: Bernard & Graefe. ISBN 3-7637-5214-5.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Paget, Baron Reginald Thomas (1951). Manstein: His Campaigns and His Trial. London: Collins. OCLC 5582465.CS1 maint: ref=harv (link)
- Stahlberg, Alexander (1990). Bounden Duty: The Memoirs of a German Officer, 1932–1945. London: Brassey's. ISBN 3-548-33129-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Stein, Marcel (2007). The Janushead: Field Marshal Von Manstein, A Reappraisal. Solihill, West Midlands: Helion and Company. ISBN 1-906033-02-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Erich von Manstein |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Erich von Manstein |
- "Erich von Manstein: His Life, Character and Operations – A Reappraisal" by Jörg Muth at Axis History Factbook
- Chronology Diarkibkan 2008-10-24 di Wayback Machine
- The New York Review of Books: "How Wrong Was Churchill?" by Noel Annan
- "Kursk Reconsidered: Germany's Lost Victory" by George M. Nipe, Jr., published in World War II magazine, February 1998
- The Battle of Odessa - 1941 by Victor Nitu
- The Crimean Campaign at wehrmacht-awards.com
- "Hitler's Warriors – The Strategist" English edition of a documentary on Manstein; from a 1998 ZDF series
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kolonel Jeneral Eugen Ritter von Schobert |
Panglima Tentera Darat 11 21 September 1941 – 21 November 1942 |
Diikuti oleh: Kumpulan Tentera Darat Don |
Didahului oleh Tentera Darat 11 |
Panglima Kumpulan Tentera Darat Don 21 November 1942 – 12 Februari 1943 |
Diikuti oleh: Kumpulan Tentera Darat Selatan |
Didahului oleh Fil Marsyal Maximilian von Weichs |
Panglima Kumpulan Tentera Darat Selatan 12 Februari 1943 – 23 September 1944 |
Diikuti oleh: Kolonel Jeneral Johannes Friessner |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh George Marshall |
Kulit Depan Majalah Time 10 Januari 1944 |
Diikuti oleh: Oveta Culp Hobby |
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.