Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Karl Rudolf Gerd von Rundstedt (12 Disember 1875 – 24 Februari 1953) adalah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Jerman yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua. Beliau merupakan contoh terbaik bagi kumpulan pegawai Prusia lama, oleh sebab itu digelar Der Alte Herr, "Tuan Yang Tua"; beliau seorang yang tenang, jujur, setia dan gemar berjenaka secara sinis; kebolehan beliau sebagai komander ialah berdasarkan kesempurnaan dan fleksibiliti, digabungkan dengan kemahiran taktikal dan strategik. Rundstedt menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-3 dalam senioriti Tentera Darat Jerman.
Fil Marsyal Gerd von Rundstedt | |
---|---|
Nama lahir | Karl Rudolf Gerd von Rundstedt |
Nama samaran | Der Alte Herr ("Tuan Yang Tua") |
Kesetiaan |
|
Perkhidmatan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1892–1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Infantri |
Arahan | Kumpulan Tentera Darat A Kumpulan Tentera Darat Selatan Angkatan Tentera Barat |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern Darjah Michael the Brave Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Hubungan | Hans-Gerd von Rundstedt (anak), Gotthard Heinrici (sepupu) |
Tandatangan |
Dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Prusia lama dengan sejarah ketenteraan yang panjang, Rundstedt menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada tahun 1892 dan naik mengikut susunan pangkat sehingga Perang Dunia Pertama, yang mana beliau bertugas sepenuhnya sebagai seorang pegawai staf. Semasa tahun antara perang, beliau meneruskan kerjaya tenteranya, mencapai pangkat Kolonel Jeneral (Generaloberst) sebelum bersara pada tahun 1938. Beliau juga adalah seorang jurubahasa Perancis yang berkelayakan.
Beliau dipanggil semula bertugas pada permulaan Perang Dunia Kedua sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Selatan semasa kempen Poland. Beliau memerintah Kumpulan Tentera Darat A semasa pencerobohan Jerman keatas Perancis, dan telah dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal pada 19 Julai 1940. Di dalam Kempen Rusia, beliau memerintah Kumpulan Tentera Darat Selatan, bertanggungjawab bagi pengepungan terbesar dalam sejarah, iaitu Pertempuran Kiev. Beliau telah dipecat oleh Adolf Hitler pada Disember 1941, selepas pengunduran Jerman dari Rostov, tetapi dipanggil semula pada tahun 1942 dan dilantik sebagai Panglima Tertinggi Barat Eropah (OB West).
Beliau telah dipecat sekali lagi selepas kekalahan Jerman di Normandy pada Julai 1944, tetapi sekali lagi dipanggil semula sebagai Panglima Tertinggi Barat pada September, memegang jawatan ini sehingga beliau dipecat oleh Hitler buat kali terakhir pada Mac 1945. Rundstedt menyedari pelbagai rancangan bagi menyingkirkan Hitler, tetapi enggan menyokongnya. Selepas perang, beliau dituduh dengan jenayah perang tetapi tidak dibicarakan kerana faktor usia dan kesihatannya yang tidak baik. Beliau dibebaskan pada tahun 1949, dan meninggal dunia di Hanover pada tahun 1953.
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
|other=
ignored (|others=
suggested) (bantuan)Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jeneral Joachim von Stulpnagel |
Panglima Divisyen 3 1 Februari 1932 – 1 Oktober 1932 |
Diikuti oleh: Jeneral Werner Freiherr von Fritsch |
Didahului oleh tiada |
Panglima Tertinggi Barat 10 Oktober 1940 – 1 April 1941 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Erwin von Witzleben |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Erwin von Witzleben |
Panglima Tertinggi Barat 15 Mac 1942 – 2 Julai 1944 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Gunther von Kluge |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Walter Model |
Panglima Tertinggi Barat 3 September 1944 – 11 Mac 1945 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Albert Kesselring |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh Jawaharlal Nehru |
Kulit Depan Majalah Time 31 Ogos 1942 |
Diikuti oleh: Frank Knox |
Didahului oleh Sir Arthur Coningham |
Kulit Depan Majalah Time 21 Ogos 1944 |
Diikuti oleh: Alexander Patch |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.