Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Salib Besi (Jerman: Eisernes Kreuz , bahasa Inggeris: Iron Cross ) merupakan pingat kebesaran tentera Jerman yang paling terkenal. Ia telah dizahirkan pada tahun 1813 dan sejak itu ia dianugerahkan dalam setiap peperangan. Semasa Perang Dunia Kedua, terdapat lima darjah melalui Salib Kesateria (Bahasa Jerman: Ritter Kreuz). Pingat ini adalah satu simbol salib yang biasanya dalam warna hitam dengan bentuk tepi berwarna putih atau perak yang berasal dari tahun 1219 apabila Kerajaan Yerusalem) memberikan Darjah Teuton ) kebenaran untuk menggabungkan suatu bentuk salib berwarna hitam di atas panji salib Yerusalem berwarna perak.
Darjah kepahlawanan tentera ini telah wujud bersinambung dalam Kerajaan Prusia dicipta oleh Raja Prusia Frederick William III dan buat pertama kalinya dianugerahkan pada 10 Mac 1813 semasa Perang Napoleon. Ia juga telah dianugerahkan semasa Perang Perancis-Prusia, Perang Dunia I, dan Perang Dunia II. Salib ini hanyalah satu pingat kebesaran tentera, namun terdapat orang awam yang menerimanya kerana melakukan kerja-kerja ketenteraan. Dua contoh orang awam ini adalah juruterbang ujian Hanna Reitsch dan Melitta Schenk Grafin von Stauffenberg, yang masing-masing dianugerahkan Iron Cross Kelas 1 dan Kelas 2 disebabkan tugas-tugas mereka sebagai juruterbang semasa Perang Dunia II.
Iron Cross telah digunakan sebagai simbol Tentera Darat Jerman dari tahun 1871 hingga Mac/April 1918, apabila ia telah digantikan oleh Greek cross yang ringkas. Iron Cross telah diperkenalkan semula dalam Tentera Darat Jerman pada tahun 1939 dengan satu lambang Swastika ditambah pada tengah silang berserta tahun 1939 diletakkan dihujung bawahnya sewaktu Perang Dunia II. Pada tahun 1956, Iron Cross meneruskan penggunaannya dalam Tentera Jerman, kerana ia menjadi simbol Bundeswehr, angkatan tentera moden Jerman. Rekabentuk tradisional ialah hitam dan bentuk ini digunakan pada kenderaan armor dan pesawat terbang. Satu rekabentuk baru warna biru dan perak digunakan sebagai lambang dalam konteks yang lain.
Pingat Iron Cross ialah satu silang tegak empat penjuru berwarna hitam bersama trim putih, dengan setiap penjuru yang mengembang ke hujung, sama seperti cross pattée. Ia direka oleh arkitek neo klasik Karl Friedrich Schinkel dan mencerminkan penggunaan salib oleh Kesatria Teutonik pada kurun ke 14. Salib ini telah menjadi simbol angkatan tentera Jerman sejak dari tahun 1871.
Riben bagi Iron Cross (Kelas 2) tahun 1813, 1870 dan 1914 berwarna hitam dengan dua jalur tipis warna putih, yang merupakan warna dari Prusia. Versi awam bagi pingat ini adalah sama tetapi warna hitam putih riben diterbalikkan. Warna riben bagi Iron Cross (Kelas 2) tahun 1939 ialah hitam, putih, merah, putih, hitam. Biasanya ditengah-tengah salib terdapat teks timbul yang menggambarkan zaman-zaman penganugerahan tersebut (contoh singkatan teks "FW" bagi Raja Frederick William III (1813), "W" bagi Kaiser Wilhelm II (1870) dan Wilhelm II (1914) serta versi terakhir memaparkan simbol swastika tahun 1939).
Iron Cross telah didaftarkan semula oleh Maharaja Wilhelm II pada 5 Ogos 1914, di permulaan Perang Dunia I. Iron Cross tahun 1813, 1870 dan 1914 mempunyai tiga darjah:
Walaupun pingat-pingat tersebut nampak serupa, cara pemakaiannya agak berbeza. Iron Cross Kelas 1 disemat disebelah kiri uniform si penerima, menggunakan pin atau tiang skru dibelakang pingat tersebut. Grand Cross dan Iron Cross Kelas 2 digantung pada riben yang berlainan.
Pemegang pingat Iron Cross 1914 boleh dikurniakan sekali lagi Iron Cross untuk tahun 1939, tetapi bukan dalam bentuk pingat sebaliknya dalam bentuk lencana. Dalam hal berkaitan, "Lencana 1939" (Spange) boleh dipakai pada Iron Cross 1914 yang asal. Bagi pingat Kelas 1, lencana tersebut yang berbentuk helang dengan tahun "1939" disematkan diatas Iron Cross. Walaupun ia anugerah yang berasingan, dalam beberapa keadaan si pemegang telah mematerinya bersama.
Semasa Perang Dunia I, lebih kurang 218,000 EK1, 5,196,000 EK2 dan 13,000 EK2 awam telah dikurniakan. Jumlah tepat anugerah tidak diketahui, sejak arkib tentera Prusia musnah dalam Perang Dunia II. Anugerah yang banyak telah mengurangkan status dan reputasi pingat tersebut. Antara penerima Iron Cross 1914 Kelas 2 dan Kelas 1 ialah Adolf Hitler, yang menyandang pangkat Koperal. Hitler sering dilihat memakai EK1 disebelah kiri poket dadanya, seperti yang kebiasaan, dalam kebanyakan gambar-gambarnya.
Meskipun sudah dikenali lama, pingat Iron Cross ini menjadi semakin bertambah popular setelah meletusnya Perang Dunia II. Adolf Hitler memperbaharui semula Iron Cross pada tahun 1939 sebagai satu pingat kepahlawanan Jerman (bukannya Prusia) dan meneruskan tradisi penggunaannya melalui beberapa darjah. Dari segi undang-undang, ia berdasarkan enakmen 1 September 1939 Verordnung über die Erneuerung des Eisernen Kreuzes (Peraturan bagi Pengenalan Semula Salib Besi). Iron Cross Perang Dunia II telah dibahagikan kepada tiga tingkat utama dengan Knight Cross berada ditengah, Iron Cross dibawah dan Grand Cross diatas sekali. Knight Cross menggantikan Pour le Merite Prusia atau dikenali sebagai "Blue Max". Hitler tidak mempedulikan Pour le Merite, kerana ia adalah darjah kebesaran Prusia yang hanya boleh dikurniakan pada pegawai sahaja.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.