Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Didalam sejarah Jerman, Kementerian Reichswehr atau Kementerian Pertahanan Reich (Jerman: Reichswehrministerium ) adalah kementerian pertahanan Republik Weimar dan permulaan Reich Ketiga. Perlembagaan Weimar tahun 1919 mensyaratkan bagi sebuah kementerian pertahanan nasional disatukan untuk menyelaras Reichswehr baru, dan kementerian itu telah ditubuhkan pada Oktober 1919, daripada Kementerian Perang dan Reichsmarineamt Prusia yang sedia ada. Ia beribupejabat di bangunan Bendlerblock. Wehrgesetz (Undang-Undang Pertahanan) bertarikh 21 Mei 1935[1] menamakannya semula Reichskriegsministerium (Kementerian Perang Reich), yang kemudian dibubarkan pada tahun 1938 dan digantikan dengan Oberkommando der Wehrmacht.
Didalam rangka Gesetzes über die Bildung einer vorläufigen Reichswehr ("Undang-undang mengenai pembentukan sementara tentera negara") pada Mac 1919, Reichspräsident adalah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera, dengan Reichswehrminister (Menteri Pertahanan Reich) menjalankan urusan pentadbiran. Pengaturan ini meninggalkan angkatan tentera Prusia, yang kekal dibawah pentadbiran Menteri Perang Prusia. Selepas Perlembagaan Weimar berkuatkuasa, kementerian perang Bavaria, Saxony, Württemberg dan Prusia telah dibubarkan dan kuasa pemerintahan tertumpu di tangan Reichswehrminister nasional. Kuasa pemerintahan bagi setiap cabang perkhidmatan telah diberikan kepada Ketua Markas Tentera Darat (Heeresleitung) dan Ketua Markas Tentera Laut (Marineleitung). Ministeramt telah ditubuhkan sebagai jabatan ketiga didalam kementerian pada tahun 1929, dengan ketua Ministeramt′ bertindak sebagai wakil politik Reichswehrminister′. Staf Am mengambil alih peranan Truppenamt.
"Verkündung der Wehrhoheit" (pengisytiharan kedaulatan tentera) tahun 1935 mewujudkan Oberkommando der Luftwaffe yang baru (OKL - diuruskan oleh Kementerian Udara) dan menukar Heeresleitung kepada Oberkommando des Heeres (OKH) dan Marineleitung menjadi Oberkommando der Marine (OKM). Jawatan menteri telah ditukar nama Wehrmachtsamt. Hasil daripada Peristiwa Blomberg-Fritsch, jawatan Reichskriegsminister dan Wehrmachtsamt telah dibubarkan oleh Adolf Hitler dan tugas-tugas mereka dipindahkan ke Oberkommando der Wehrmacht (OKW).
Jerman: Chefs der Heeresleitung
Oberbefehlshaber des Heeres
Jerman: Chef der Marineleitung
Oberbefehlshaber der Marine
Chef des Wehrmachtamtes
Chef des Oberkommandos der Wehrmacht (OKW)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.